Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Pahang Bakal Jadi Hab...

ROMPIN - Pahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh...

Tiada Asas Untuk Tutup...

MUAR - Desakan DAP yang mahukan Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan adalah sesuatu yang...

Sultan Ibrahim, Keluarga Diraja...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman...

Warga Singapura Dipenjara Sehari...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda...

“Dengan Izin Allah, PRU-15 Milik Kita” – Najib

KUALA LUMPUR – “Jangan biar saya berseorang dalam perjuangan. Saya tidak minta berguling di jalan raya, guna platform media sosial sudah cukup.”

Itu permintaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu ahli-ahli UMNO berjuang bersamanya menentang kerajaan Pakatan Harapan yang prestasinya semakin teruk.

Malah beliau optimis pada PRU-15, Barisan Nasional akan kembali memegang tampuk pemerintahan.

“Kita mesti lawan kerana kita di pihak yang benar. Insya Allah dengan kekuatan kita, bantuan rakan kita daripada PAS dengan izin Allah, PRU-15 milik kita,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Gombak hari ini.

Menurut Najib, PH didakwanya menipu rakyat dalam PRU-14 untuk menang, seperti laporan Utusan Online.


“Sebab itu sekarang mereka tidak panggil PH Pakatan harapan tetapi Pakatan Hancing. Isu tol, isu harga barang, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi isu yang mereka tipu.

“Segala janji yang dikatakan sebelum menang PRU tidak dikotakan malah keadaan ekonomi negara yang sedang meningkat naik semasa pemerintahan BN kini sudah semakin merudum.

“Sudah dapat mandat patut tunjuk lebih baik dari BN, tetapi hari ini lebih teruk dari BN. Sebab tu ramai orang cakap rindu zaman BN, zaman saya sebab kita tadbir negara jauh lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori