Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Rafizi Tak Hadir Parlimen,...

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kembali...

Peserta Miss Tourism International...

KUALA LUMPUR: Seramai 58 peserta Miss Tourism International 2014 dibawa bersiar-siar di sekitar...

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa...

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (19 Feb) sebagai cuti...

Azmin Perlu Letak Jawatan Jika Video Seks Sahih – Anwar

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu meletakkan jawatan sekiranya video seks yang didakwa miripnya dibuktikan benar, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pandangan awal saya, dia (Mohamed Azmin) tak perlu letak jawatan. Tapi (sekarang) bergantung kepada penyiasatan.

“Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, sudah tentu dia kena letak jawatan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, disoal sama ada PKR akan melakukan siasatan dalaman terhadap video itu, Anwar berkata, siasatan telah pun dijalankan namun tiada siapa tahu dalang di sebaliknya.

“Siapa dalang? Tak ada klu (clue). Kami dah bincang, tak ada siapa yang tahu,” katanya yang turut menafikan parti berpecah kerana isu video seks tersebut.

Katanya, secara dasar, PKR masih kukuh sebagai sebuah parti.


“Dari segi parti, masih solid. Tapi memang ada kesan kepada parti, sebab dia (Mohamed Azmin) Menteri Hal Ehwal Ekonomi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, setiausaha politik Anwar yang juga Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama seorang lagi lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan video itu.

Terdahulu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dalam isu video intim ditahan bersama lima lagi lelaki berusia lingkungan 25 hingga 38 tahun di sekitar Lembah Klang dalam tangkapan berasingan bermula jam 6 petang sehingga 10 malam, Ahad lalu.

Selepas itu, tiga lagi individu ditahan di sekitar Johor Bahru bagi membantu siasatan isu video berkenaan. – Sinar Harian

Kategori