• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Akan Putuskan DPP Dalam Inkues Adib

oleh
03/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya masih menunggu 3 nama timbalan pendakwa raya (DPP) yang dicadangkan Jabatan Peguam Negara untuk mengantikan Syazlin Mansor dalam inkues ke atas kematian angoota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Zuraida berkata, beliau sendiri akan memilih salah seorang daripada mereka untuk mewakili KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

“Saya sudah bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas pada Sabtu bincang soal inkues, jadi cara yang betul adalah KPKT melantik seorang peguam daripada pihak Jabatan Peguam Negara yang akan memberi nama daripada kalangan DPP kanan.

“Saya minta mereka (Jabatan Peguam Negara) cadang 3 nama dan saya buat pilihan untuk melantik. Inkues akan sambung pada 26 Jun, kita masih ada masa lagi.

“Ketika ini mereka belum lagi beri nama kepada saya dan bila saya dapat nama saya akan lihat dan buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan satu kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU) di kementeriannya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zuraida mengakui berlaku sedikit kesilapan dalam perlantikan Syazlin sebelum ini.

“Jadi kita perbetulkan kelemahan (perlantikan Syazlin) sebelum ini. Kita telah minta dan pastikan apa yang telah dibawa oleh Syazlin tidak boleh diketepikan, harus diambil 100 peratus dan keterangan, maklumat saksi Dr. Shahrom Abd Wahid juga harus diambil 100 peratus. Peguam baru dilantik juga akan ikut apa yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Syazlin membuat kejutan minggu lalu dengan mengumumkan penarikan diri daripada inkues Adib.

Menyusuli keputusan itu, Tommy mengemukakan beberapa sebab kenapa Syazlin tidak boleh mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam inkues berkenaan.

Ini termasuklah konflik kepentingan kerana Syzalin juga mewakili keluarga Adib.

Thomas berkata, Syazlin kerap bercanggah dengan pendirian yang diambil oleh timbalan pendakwa raya (DPP), justeru “memalukan kedudukannya sebagai peguam kementerian”.

Adib merupakan anggota pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang ditugaskan ke kuil Hindu Seafield pada 27 November 2018 berikutan insiden protes berhubung petempatan semula kuil tersebut yang mencetuskan rusuhan dan perbuatan merosakkan harta benda. – FMT

Tags: DPPKPKTMuhammad AdibZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd