• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan 1MDB: Jemaah Haji, Pelajar Terlibat Jika Kojadi Perlu Pulang Dana

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pelbagai pihak akan terlibat sekiranya koperasi milik MCA, Koperasi Jayadiri Sdn. Bhd. (Kojadi) terpaksa memulangkan dana RM15 juta yang diterima daripada Yayasan 1MDB.

Najib berkata, Kojadi yang menyediakan kemudahan mikro-kredit kepada anggotanya hanya menerima wang Yayasan 1MDB dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan wang daripada akaun AmBank beliau yang kini disiasat pihak berkuasa.

“Dana Yayasan 1MDB disumbang oleh 1MDB dan penderma korporat lain. Wang itu disumbang terus daripada Yayasan 1MDB dan tidak ada kena-mengena dengan akaun bank saya.

“Sehingga kini, SPRM tidak tuntut Kojadi mengembalikan geran. Jika Kojadi terpaksa memulangkan dana RM15 juta, maka penerima lain juga terpaksa mengembalikan bantuan mereka daripada Yayasan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini merujuk kepada senarai saman pelucutanhak sivil ke atas 41 individu dan entiti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Terdahulu, ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan, Lee Bing Hong membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Wee Ka Siong susulan pertikaian tentang Kojadi berhubung dana diterima koperasi itu daripada 1MDB.

Dalam laporannya, Lee mahu polis meneliti aduan pengerusi Kojadi, Ng Peng Hay, yang menyatakan beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dana RM15 juta yang diperoleh koperasi milik MCA itu daripada 1MDB pada 2012.

Najib berkata, antara pihak akan terkesan adalah 57,000 pemandu teksi yang menerima subsidi tayar bernilai RM520 setahun melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang dibiayai Yayasan 1MDB.

Bahkan katanya, ribuan penerima geran pendidikan kepada pelajar terpilih seperti geran Akademik Jabatan Perkhidmatan Awam, Dana PIBG dan Geran Akademik Jabatan Agama Islam Malaysia turut terkesan.

“Selain itu, ribuan penerima program Nadi Kasih yang digunakan untuk membaiki dan membaik pulih rumah usang golongan miskin, selain 5,711 jemaah yang menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

“Penerima program Ihsan Samudera yang memberi bantuan kepada 55,574 nelayan melalui Persatuan Nelayan dalam bentuk bot, pukat, enjin bot dan jaket keselamatan turut bakal terkesan,” katanya.

Najib berkata, sekiranya dana daripada agensi kerajaan yang disumbang sebagai bantuan dianggap sebagai wang haram, maka keseluruhan penerima bantuan seperti penerima BR1M perlu kembalikan wang mereka kepada kerajaan.

“Ia bukan seperti bayaran RM305 juta kepada syarikat 100% milik swasta untuk membuat laporan terowong misteri Pulau Pinang yang tak siap selepas 6 tahun,” katanya, merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada Consortium Zenith untuk kajian kebolehlaksanaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) suka membuat kerja tidak masuk akal demi melanjutkan propaganda politik mereka,” katanya. – FMT

Tags: KojadiMCANajib Tun RazakYayasan 1MDB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd