• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sambut Baik Ucapan Dasar Presiden PAS

oleh
22/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO menyambut baik pandangan serta saranan daripada ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Muktamar PAS 2019.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara khususnya, UMNO bersetuju bahawa penyatuan ummah antara orang Islam dan Melayu mesti digembleng untuk menjadi satu lonjakan kebangkitan yang baik dan berfokus.

“Adalah sesuatu yang merugikan jika ummah ini dibiarkan terus berbalah dan berpecah.

“Perpaduan nasional dalam konteks Malaysia, mesti dikukuhkan dengan lebih serius kerana Islam adalah agama yang meraikan kepelbagaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penting untuk semua pihak termasuklah ahli politik menterjemahkan ajaran Islam yang sebenar sekali gus berusaha mendekati dan merapatkan hubungan antara kaum dan agama.

“Jalan ke hadapan negara mesti dipimpin dengan menjadikan saranan serta aspirasi yang diajarkan Islam sebagai rujukan dan panduan.

“Ketelusan, dasar ekonomi yang baik serta pemeliharaan elemen asas kebangsaan seperti Bahasa Melayu mesti menjadi fokus yang tidak boleh dikompromikan,” katanya.

Beliau berkata, UMNO turut menyambut baik aspirasi muafakat dalam berpolitik yang dianjurkan oleh PAS.

“UMNO sentiasa memegang kepercayaan bahawa keterbukaan dan keanjalan kita dalam menggembleng perpaduan dan kekuatan politik adalah perkara yang sangat kritikal.

“UMNO akan memberikan komitmen dan kerjasama yang selayaknya untuk bersama-sama PAS bagi menyusun ikhtiar dan mencari pendekatan terbaik dalam mengukuhkan Malaysia dan Islam dari segenap segi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangMohamad HassanPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS sedia berunding dengan UMNO berhubung kerusi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd