• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terserah Zahid Putuskan Sendiri, Kata Najib

oleh
30/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Biar Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi putuskan sendiri. Demikian pandangan disuarakan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berhubung hasrat Ahmad Zahid yang sedang bercuti kini untuk kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.

Menurut Najib, sebagai presiden parti, Ahmad Zahid tidak memerlukan persetujuan pihak lain termasuk Majlis Tertinggi (MT) untuk kembali menerajui parti itu.

“Soal kedudukan Datuk Zahid adalah sesuatu yang hanya boleh diputuskan oleh beliau sendiri, sebab bila dia bercuti, dia bercuti atas keputusan yang beliau buat secara peribadi.

“Sebagaimana kita tahu bahawa mengikut perlembagaan beliau berhak untuk memimpin UMNO dalam selama mana tempoh beliau diberi mandat,” katanya pada sidang media selepas hadir Program Rumah Terbuka Bossku di Seksyen 7 di sini malam tadi.

Tambah bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid berhak untuk memutuskan sedemikian atas kapasitinya sebagai orang nombor satu parti.

“Tak perlu persetujuan Majlis Tertinggi atau pihak yang lain sebab beliau berhak dan keputusan ambil cuti tu adalah keputusan yang dia ambil sendiri, atas tubuh badannya sendiri,” katanya.

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan, menurut sumber parti itu, ada desakan daripada ketua UMNO bahagian yang mahukan Ahmad Zahid kembali menerajui parti.

“Namun, Ahmad Zahid tidak cepat melatah, beliau mahu melihat mood sokongan akar umbi parti terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Setakat ini Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berjaya menguruskan parti dengan baik.

“Sebab itulah, Ahmad Zahid mula turun merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO untuk melihat sendiri mood ahli UMNO di peringkat akar umbi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiNajib Tun RazakPresiden UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

Pemuda DAP Minta Zahid Kawal Akmal, Dakwa Samseng Politik

Pemuda DAP Minta Zahid Kawal Akmal, Dakwa Samseng Politik

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya mengawal Ketua Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd