• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak menunggu rakyat kembali menyokong UMNO, sebaliknya parti berkenaan perlu kembali mendekati rakyat.

Beliau berkata, dalam mendepani kedinamikan politik semasa, UMNO perlu mempunyai keberanian untuk melakukan perubahan khususnya dari segi pendekatan, gerak kerja dan cara memahami denyut nadi rakyat.

Menurutnya, perubahan itu bagaimanapun bukan melibatkan prinsip dan asas perjuangan yang selama ini menjadi pegangan parti.

“Dalam mendepani kedinamikan politik, UMNO mesti mempunyai keberanian untuk berubah. Bukan pada prinsip dan asas perjuangan, tetapi pada pendekatan, gerak kerja serta cara kita memahami denyut nadi rakyat hari ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Terdahulu beliau memaklumkan merasmikan Pemukiman UMNO Negeri Terengganu di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik.

Ahmad Zahid berkata, antara perkara yang ditekankan kepada peserta ialah keperluan melihat realiti semasa, bermuhasabah secara jujur serta bersama-sama mencari penyelesaian dan merancang gerak kerja parti selepas ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan UMNO Terengganu atas inisiatif menghimpunkan seluruh kepimpinan negeri menerusi pemukiman berkenaan.

Katanya, ruang sedemikian penting bagi merapatkan saf, menyatukan fikrah serta memperkukuh tekad dalam kalangan kepimpinan parti untuk meneruskan perjuangan walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Pada masa sama, Ahmad Zahid meminta UMNO Terengganu tidak hilang keyakinan kerana parti itu masih mempunyai kekuatan menerusi ahli, organisasi, pengalaman serta akar perjuangan yang telah lama dibina.

“Jangan tunggu rakyat kembali kepada UMNO, kitalah yang mesti kembali kepada rakyat. Insya-Allah, kita bina semula kekuatan ini dengan kesatuan, kerja keras dan keberanian untuk berubah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahid Hamidi

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidikembaliKepadaPresiden UMNORakyat
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Rakyat Lihat Prestasi Baik PH, Bakal Rampas Parlimen Tampin Dalam PRU-16 – Aminuddin

Rakyat Lihat Prestasi Baik PH, Bakal Rampas Parlimen Tampin Dalam PRU-16 – Aminuddin

11/10/2026
0

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bertekad merampas semula kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), selain...

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd