• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan 4 Lebuh Raya Bukan Cadangan KKR

oleh
27/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengemukakan laporan kajian penstrukturan semula lebuh raya kepada Jemaah Menteri, tetapi laporan itu tidak merangkumi cadangan untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang.

Sinchew Daily melaporkan, intipati laporan Kementerian Kerja Raya sebaliknya adalah penstrukturan semula dilakukan tanpa menggunakan dana awam, selain mahu mengurangkan tol untuk semua lebuh raya.

“Kami tidak pernah beritahu mahu mengambil alih lebuh raya, ini bukan pendekatan daripada Kementerian Kerja Raya.

“Terdapat cara lain untuk mengurangkan kadar tol,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Menurut sumber itu lagi, berbanding pengambilalihan, pendekatan Kementerian Kerja Raya adalah lebih komprehensif dan melibatkan semua lebuh raya negara ini.

“Pendekatan kementerian merangkumi pelbagai cadangan termasuk pemindahan saham, pemanjangan tempoh pinjaman bank, pengurangan kadar faedah bank, dan pengurangan kadar keuntungan syarikat konsesi untuk menurunkan kadar tol,” katanya.

Difahamkan, cadangan kementerian itu juga termasuk penawaran tol lebih rendah untuk golongan berpendapatan rendah atau kenderaan 1.5CC ke bawah.

Kata sumber lagi, Jemaah Menteri secara prinsipnya telah bersetuju dengan pendekatan Kementerian Kerja Raya.

Mengulas lanjut, sumber tersebut berkata, walaupun Kabinet ada berbincang tentang isu lebuh raya, tetapi mesyuarat tidak membuat keputusan berhubung cadangan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya.

“Menteri berkenaan ada membentang cadangan, tetapi Jemaah Menteri tidak membuat keputusan.

“Isu ini akan dilanjutkan perbincangannya dalam mesyuarat Kabinet minggu depan,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan telah mengemukakan tawaran untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang.

Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Menurut Menteri Kewangan itu, tawaran pengambilalihan tersebut berjumlah RM6.2 bilion dan dibuat kepada Gamuda Berhad selaku syarikat pemegang konsesi keempat-empat lebuh raya tersebut.

Tags: Kementerian Kerja RayaKESASLDPlebuh rayaSMARTSprint
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pelawak Senario Ditahan Positif Ganja

Next Post

Pasangan Song Fail Penceraian

Related Posts

Wanita Maut Di KESAS Dipercayai Terjun Dari Van Selepas Bertengkar Dengan Suami – Polis

Wanita Maut Di KESAS Dipercayai Terjun Dari Van Selepas Bertengkar Dengan Suami – Polis

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang maut selepas dikatakan tercampak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) petang kelmarin, dikatakan...

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

07/04/2025
0

PUCHONG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar berjaya menyelamatkan seorang...

Next Post

Pasangan Song Fail Penceraian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd