• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Petugas Khas Kes Raymond Koh Jadi Tanda Tanya

oleh
10/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumuman mengenai penubuhan pasukan petugas khas oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi kes kehilangan paderi Raymond Koh pada 23 Mei lalu menjadi tanda tanya keluarga individu yang hilang itu.

Ini kerana, tidak ada sebarang butiran mengenai pasukan petugas tersebut, kata Susanna Koh, isteri kepada paderi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Susanna, keluarganya sangat berharap kerajaan mengambil tindakan susulan berikutan penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada April lalu berhubung kehilangan suaminya itu.

“Tiada kenyataan rasmi oleh menteri. Oleh itu, kami tidak tahu terma rujukan, komposisi, kuasa dan sebagainya mengenai pasukan petugas itu.

“Kita hanya boleh kata apa yang kita harapkan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Susanna berharap pasukan petugas berkenaan dianggotai pegawai polis “tidak berat sebelah” serta wakil dari Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kumpulan aktivis yang memantau secara dekat inkuiri Suhakam.

Malah, katanya kes itu patut dibuka dan disiasat semula sebagai kes orang hilang daripada hanya mengkaji laporan itu.

Pada Mei lalu, Muhyiddin dilapor berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil serius penemuan inkuiri Suhakam yang menyatakan Koh dan aktivis, Amri Che Mat menjadi mangsa “kehilangan paksa” membabitkan anggota polis Cawangan Khas.

Katanya, seramai enam atau tujuh orang akan menganggotai pasukan petugas tersebut dan calonnya sudah dikenal pasti untuk mengetuai pasukan itu.

Koh diculik pada 13 Februari 2017 di Petaling Jaya, manakala Amri hilang pada 24 November 2016, selepas meninggalkan rumahnya di Kangar.

Koh didakwa menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam, dakwaan yang dinafikan keluarganya.

Manakala Amri dilaporkan cenderung kepada ajaran Syiah yang dilabelkan sesat oleh pihak berkuasa agama tempatan.

Tags: KDNMuhyiddin Yassinraymond kohSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd