• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang RM14,000 Dikelentong Inspektor Aisyah

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Suri rumah di sini kerugian RM14,600 selepas mendaftar akaun Tabung Haji bersama nombor telefon yang diberikan ‘Inspektor Aisyah’ ketika kejadian antara 15 Mac hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 30-an itu dihubungi wanita menyamar polis pada pertengahan Mac lalu.

Beliau menjelaskan, wanita menyamar polis tersebut mendakwa mangsa disiasat kerana terlibat kes kemalangan jalan raya di Seri Kembangan, Selangor yang menyebabkan kematian.

“Mangsa menafikan dakwaan itu sebelum perbualan telefon ditamatkan. Tidak lama selepas itu, seorang lagi wanita menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Aisyah.

“Inspektor Aisyah mendakwa mangsa akan disiasat kerana terlibat pengubahan wang haram dan turut meminta maklumat berkaitan akaun-akaun bank milik mangsa,” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Wazir lagi, mangsa memaklumkan hanya memiliki akaun Bank Rakyat, namun diarahkan membuka akaun Tabung Haji yang selaras dengan akaun simpanan di bank tersebut.

“Wanita itu turut diarahkan supaya hanya menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh Inspektor Aisyah ketika mendaftar akaun Tabung Haji tersebut.

“Pengadu hanya menyedari kehilangan RM14,600 melalui empat transaksi pemindahan wang ketika ingin menambah deposit simpanan akaun Tabung Haji pada 3 Jun lalu,” katanya.

Mangsa menbuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tags: kerugianmenyamar polisscamTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd