• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zon Maut Di Puncak Everest

oleh
29/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Kematian mengejut beberapa individu di Gunung Everest pada musim ini menjadi topik hangat yang diperkatakan media sejak minggu lalu.

Seorang warga Amerika Syarikat menjadi individu ke-11 meninggal dunia kelmarin ketika menyertai ekspedisi untuk menawan puncak tertinggi di dunia itu.

Peguam, Christopher John Kulish dari Boulder, Colorado dilaporkan memulakan pendakian dari laluan biasa Southeast Ridge untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 di Everest.

“Dia meninggal ketika kembali ke South Col dan punca kematiannya masih tidak jelas,” menurut Jabatan Pelancongan Nepal dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Kulish adalah rakyat AS kedua yang dilaporkan menemui ajal di puncak Everest setinggi 8,848 meter.

Kebanyakan kematian atau kehilangan pendaki sejak 10 hari lalu dikaitkan dengan keletihan akibat kesesakan melampau dan luar biasa di laluan pendakian.

Jurupandu arah para pendaki yang digelar Sherpa mendakwa kebanyakan mereka tidak mempunyai pengalaman dan terpaksa mengambil masa agak lama untuk tiba di puncak dengan bekalan oksigen yang terhad.

Berita kematian Kulish dilaporkan beberapa jam selepas pengarah filem warga Kanada menceritakan pengalamannya yang terpaksa melangkah mayat pendaki ketika menyertai ekspedisi pada Khamis lalu.

Elia Saikaly dari Ottawa berkata, dia cuba memberi amaran kepada pendaki lain supaya membatalkan hasrat untuk menakluk Everest kerana ia mungkin akan meragut nyawa mereka.

Ada pihak mendakwa kesesakan di laluan dianggarkan sebesar dua meja ping pong yang digambarkan seperti ‘zoo’ oleh sesetengah pendaki itu berikutan kerajaan Nepal mengeluarkan terlalu banyak permit mendaki yang berharga AS$11,000 (RM46,112) kerana didakwa terdesak memerlukan sumber kewangan.

Di bahagian Tibet, hanya dua kematian dilaporkan dalam tempoh sama kerana langkah tegas mereka dalam mengeluarkan permit kepada pendaki.

Kali terakhir lebih 10 kematian di Everest adalah ketika kejadian salji runtuh pada 2015.

PERLU TETAPKAN KRITERIA

Mangsa terselamat dalam kesesakan di Everest, Ameesha Chauhan berkata, pendaki tanpa kemahiran asas sepatutnya dilarang menyertai ekspedisi menawan puncak tertinggi di dunia itu.

“Nepal mengeluarkan 381 permit pada musim ini dan ratusan daripada pemohonnya tidak mendapat latihan yang betul dan meletakkan risiko pada nyawa sendiri dan Sherpa,” katanya yang dirawat di hospital kerana mengalami radang dingin.

Jelas wanita berusia 29 tahun itu, dia terpaksa menunggu selama 20 minit untuk turun dari puncak manakala pendaki lain terperangkap selama beberapa jam.

“Terdapat beberapa pendaki yang tidak mempunyai kemahiran asas dan bergantung sepenuhnya dengan Sherpa. Kerajaan Nepal wajar menetapkan kriteria sepatutnya dan hanya pendaki yang terlatih boleh mendapat permit mendaki,” ujarnya lagi. – Agensi

Tags: gunung everestkematianPendaki Everest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd