• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Hilang Kuota Tambahan Haji Di Bawah PH

oleh
04/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), Arab Saudi tidak pernah gagal memberikan keistimewaan itu kepada Malaysia.

Malah kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 2013, Arab Saudi bermurah hati memberikan kuota tambahan setengah kali ganda lagi iaitu sebanyak 15,000 orang.

“Jumlah ini tidak termasuk kuota menteri-menteri yang mempunyai hubungan amat baik dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Ini keistimewaan yang diberikan hanya kepada Malaysia secara senyap-senyap. Hari ini saya hendak beritahu satu rahsia, bahawa kuota tambahan itu kini sudah dibatalkan. Hanya kuota 30,200 orang sahaja diberikan.

“Kerana apa? Disebabkan PH menamatkan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Malaysia yang telah menyebabkan Raja Salman murka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Pentas Perdana Penyatuan Ummah di Ambang Setahun Malaysia Baharu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang di Taman Wira Mergong di sini, malam tadi.

Yang turut hadir pendakwah, Ahmad Husam Baderudin.

Menurut Asyraf Wajdi, pemilihan Malaysia untuk penubuhan KSCIP dengan dibiayai sepenuhnya oleh Arab Saudi, adalah kerana Raja Salman kagum dengan konsep dan pendekatan negara Islam yang diamalkan di Malaysia.

“Raja Salman kagum dengan keharmonian pelbagai kaum yang diamalkan di Malaysia dan justeru, hendak mempromosi wajah Islam sebenar di seluruh dunia dengan penubuhan KSCIP,” katanya.

Malangnya kata beliau, sejurus memenangi tampuk pemerintahan kerajaan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menghentikan operasi KSCIP serta-merta pada Ogos lalu.

Asyraf Wajdi seterusnya memberitahu, kerajaan PH bukan sahaja mempunyai hubungan dingin dengan Arab Saudi tetapi juga China sehingga menyebabkan rakan dagang terbesar Malaysia itu membatalkan pembelian minyak sawit.

“China beralih membeli minyak sawit dari Indonesia dan kesannya harga minyal sawit kita jatuh dan dirasai oleh peneroka-peneroka kita.

“Baru-baru ini, saya masuk ke Felda, seorang pakcik menangis kerana pendapatannya kini RM200 sebulan berbanding di zaman BN, mereka memperoleh RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya.

Pada 19 April lalu, Lembaga Tabung Haji berharap kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan kuota haji tambahan kepada jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah itu tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Asyraf Wajdi Dusukikuota hajipakatan harapanumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd