Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Tony Abbott Beri Amaran...

CANBERRA – Berjuta-juta rakyat Australia meluat berhubung tindakan pemerintah Indonesia yang berkeras mahu...

Mengaku Salah Pecah Rumah...

Taiping : Lelaki yang melarikan diri daripada tahanan polis, minggu lalu, dihukum penjara...

Harap Bapa Saudara Masih...

TAPAH - "Kami mengharapkan yang terbaik, sentiasa berdoa semoga pakcik masih ada lagi,"...

9 Jemaah Haji Malaysia...

MEKAH - Sembilan jemaah haji Malaysia cedera apabila bas dinaiki mereka terlibat dalam...

TNB Lancar Iklan Raya Konvoi Epik Fantastik

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menampilkan sebuah iklan raya yang mengetengahkan tradisi kunjung-mengunjung pada musim perayaan bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik’ yang bakal ditayangkan di stesen televisyen bermula 1 Jun ini.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman, tema yang dipilih itu bertujuan untuk mengeratkan semangat kekeluargaan dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Iklan raya TNB kali ini kaya dengan unsur-unsur kekeluargaan seperti tolak ansur, hormat menghormati, kesefahaman dan keikhlasan dalam memperkukuhkan hubungan silaturrahim seterusnya menjadikannya lebih erat dan bermakna,” katanya pada Majlis Pratonton Eksklusif Iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bangunan Art Printing Works, Bangsar di sini, hari ini.

Hadir sama, pengarah filem, Quek Shio Chuan; pelakon utama, Bella Dowanna Halim yang memegang watak Nabila dan Abdul Halim Hamzah sebagai Tok Wan.

Jelas beliau, iklan tersebut adalah sebahagian daripada tradisi TNB menyampaikan mesej-mesej bermakna untuk menyambut pelbagai perayaan agama dan budaya sepanjang tahun.

“Seperti iklan-iklan perayaan TNB sebelum ini, antara mesej yang disampaikan melalui plot iklan kali ini bukan sahaja khusus untuk umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, malah untuk seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.


Menurut Roslan, ‘Konvoi Epik Fantastik’ menggambarkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya Nabila, yang merupakan seorang gadis bandar yang mengikuti konvoi raya ke semua 10 rumah adik beradik datuknya.

“Sepanjang perjalanan keluarga ini, turut dipaparkan pelbagai babak-babak yang menyentuh perasaan dan mencuit hati bagi memastikan tradisi kunjung mengunjungi diterapkan sebagai budaya dalam jiwa masyarakat kini.

“Kami ingin berkongsi keseronokan dan kemeriahan sambutan hari raya dengan tradisi kunjung mengunjungi ini supaya ia terus kekal sebagi satu budaya dalam memupuk semangat persaudaraan dan kekeluargaan yang kuat, seterusnya perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia,” katanya.

Iklan tersebut dijadualkan ke udara di rangkaian televisyen tempatan bermula 1 Jun ini, namun orang ramai sudah boleh ditonton menerusi saluran youtube.com/TENAGAofficial #KonvoiEpik Fantastik mulai hari ini. – Sinar Harian

Kategori