• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prabowo Belum Mengaku Kalah Lawan Jokowi

oleh
25/05/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Proses Pemilu 2019 atau Pilihan Raya Umum Indonesia, ternyata belum selesai, yang setakat ini berlangsung penuh cabaran dan tragedi.

Tujuh perusuh terbunuh dan beratus cedera dalam insiden rusuhan selepas keputusan Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) diumumkan Selasa lepas.

Sebelum ini, lebih 500 petugas Pemilu, dilaporkan meninggal dunia, kerana “kepenatan” dan serangan jantung, dalam mengendalikan proses Pemilu 2019.

Sebanyak 1.7 juta petugas Pemilu 2019 menguruskan proses Pilpres, Pemilihan anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), pemilihan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.

Proses keputusan Pilpres 2019 masih belum selesai dalam memuktamadkan kemenangan Presiden Joko Widodo (Jokowi), bagi memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu untuk penggal keduanya.

Calon Pilpres 2019 yang diumumkan kalah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), Prabowo Subianto, menerusi peguamnya, Bambang Widjojanto,memfailkan petisyen mencabar keputusan itu di Mahkamah Konstitusi (MK) Indonesia pada pukul 10.43 malam tadi.

MK dibuka sehingga pukul 12 tengah malam, untuk masa dan tarikh akhir kemukakan bantahan Pemilu 2019.

KPU sebelum ini menetapkan dalam tempoh 72 jam selepas pengumuman Pilpres pada Selasa lepas, untuk pihak yang kalah pada Pilpres, mengemukakan bantahan terhadap keputusan itu di MK.

Jika tiada bantahan, KPU akan isytiharkan kemenangan muktamad Jokowi, dan jika ada, MK yang akan putuskan.

Proses persidangan (perbicaraan) dijadual bermula 14 Jun ini, sebelum MK dijangka membuat keputusan pada 28 Jun 2019.

Pemerhati dan penganalisis berkata apa jua keputusan MK nanti itu adalah sesuatu yang muktamad, dan perlu dihormati semua pihak, demi kestabilan politik di Indonesia.

Prabowo, yang sebelum ini sering mendakwa berlaku politik wang, penipuan dan penglibatan pihak-pihak tertentu berkonspirasi memenangkan Jokowi, perlu membuktikan tuduhannya itu pada persidangan di MK.

“Majoriti 16.95 juta undi, adalah besar, sukar untuk mengatakan ia satu konspirasi pihak-pihak tertentu dalam melakukan penipuan,” kata pemerhati politik.

Pada pukul 1.46 pagi Selasa, KPU mengumumkan kemenangan Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala Prabowo, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

“Terdapat 813,350 Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian, dan di setiap TPS, terdapat sekitar 200 pengundi.

“Jika berlaku penipuan, team Jokowi memerlukan konspirasi yang cukup besar dan terancang, untuk meraih majoriti 16.95 juta undi itu,” kata pemerhati politik.

Tags: JokowiPilpres 2019Prabowo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Prabowo Mahu Damaikan Israel Dan Iran, Tawar Jadi Orang Tengah

Prabowo Mahu Damaikan Israel Dan Iran, Tawar Jadi Orang Tengah

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan kesediaan beliau untuk berperanan sebagai orang tengah dalam konflik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd