• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Simpulkan Adib Turun Sendiri Meskipun Tiada Saksi

oleh
16/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Meskipun tiada saksi yang melihat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim turun sendiri dari van Perkhidmatan Bantuan dan Kecemasan (EMRS), namun Dr. Ahmad Hafizam Hasmi tetap dengan teorinya bahawa anggota bomba itu tidak ditarik keluar.

Pakar forensik itu mempertahankan teorinya yang dipadankan dengan hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti menarik Muhammad Adib keluar dari van tersebut.

“Sepanjang inkues dijalankan, keterangan saksi mata tidak ada nampak Adib ditarik keluar. Saya ambil kira keterangan saksi pada hari itu termasuk keterangan pemandu EMRS yang bersama si mati (malam rusuhan).

“Tiada (tidak ada saksi nampak Adib turun sendiri) tapi dapatan bedah siasat tidak ada elemen dia ditairk keluar. Jika tiada kecedraan berpadanan dengan ditarik keluar apa boleh simpulkan keluar sendiri,” katanya kepada Mahkamah Koroner pada prosiding hari ke-35.

Menurut doktor pakar Hospital Kuala Lumpur itu, keterangan saksi-saksi lain dianggap sebagai maklumat tambahan yang dianalisanya dalam mahkamah sebelum ini.

Terdahulu peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syazlin Mansor bertanyakan bagaimana Hafizam membuat kesimpulan teorinya itu.

Dalam keterangannya hari ini, Hafizam juga menyatakan keyakinannya bahawa Muhammad Adib pada malam rusuhan 27 November tidak memakai baju uniform celoreng, meskipun tiga butangnya tercabut.

Jelas beliau baju itu tidak mempunyai kesan luka di bahagian dada yang dialami anggota bomba yang meninggal pada usia 24 tahun.

Malah, katanya, baju celoreng tersebut didapati lebih bersih berbanding seluar uniform Allahyarham yang mempunyai kesan kotoran di bahagian punggung dan kesan luka di lutut.

“Seluar itu saya yakin sebab ada kesan si mati duduk, sebab ada koyak pada seluar dan kutut kanan luka.

“Baju itu pula bersih, tidak ada koyakan siku kiri. Saya tidak yakin baju yang mempunyai butang tercabut adaah baju yang dipakai si mati pada malam kejadian,” tambah beliau.

Prosiding sebentar tadi berlangsung sedikit tegang apabila cara pengiraan Hafizam turut dipertikai Syazlin apabila terdapat kesilapan.

Hafizam yang tidak bersetuju dengan perikaian tersebut mengira daya dan impak daripada kenderaan bomba menyebabkan Adib terhumban kemudian mencadangkan pihak mahkamah memanggil pakar fizik untuk keterangan lebih lanjut dan tepat. – MalaysiaGazette

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adibvan emrs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd