Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

12,359 Individu Jalani Proses...

PUTRAJAYA - Seramai 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 163 pusat...

La Liga: Messi Ledak...

MADRID - Bintang Argentina, Lionel Messi meledak gol ke-400 sepanjang kariernya dengan Neymar...

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu...

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi...

Perhimpunan 808 Di Sekitar...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 200 orang termasuk peguam dan aktivis media mengikuti 'Perhimpunan...

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi kanan bagi membantu siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pakar patologi itu akan menjalankan siasatan terperinci untuk meneliti keputusan Mahkamah Koroner, dapatan siasatan polis serta maklumat lain membabitkan punca kematian anggota bomba terbabit pada 2018.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas itu berkata, pakar patologi berkenaan sudah diberikan tempoh khusus untuk menyelesaikan siasatannya dan mengemukakan laporan terperinci hasil dapatan itu.

“Kerajaan serius untuk menyelesaikan kes ini yang tertangguh sejak 2018. Jawatankuasa khas ini akan bermesyuarat lagi dalam tempoh sebulan, selepas menerima laporan daripada pakar patologi kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Wan Junaidi, bersama-sama ahli lain dalam jawatankuasa khas itu iaitu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengadakan mesyuarat pertama di Bukit Aman, di sini, untuk membincangkan kes berkenaan.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perincian fakta dan kronologi kematian Muhammad Adib.

“Jelas ini bukan kes mudah untuk ditangani dan memerlukan pelbagai peringkat siasatan. Atas dasar itulah kami membuat keputusan untuk melantik seorang pakar patologi kanan bagi membantu kami dalam hal ini,” katanya.

Wan Junaidi berkata, tindakan selanjutnya akan ditentukan selepas menerima laporan berkenaan.


Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan keputusan Kabinet untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas mengenai kes kematian Muhammad Adib selain dua lagi pasukan bertindak untuk meneliti dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya serta meneliti semula pilihan undang-undang Malaysia membabitkan Pulau Batu Puteh.

Wan Junaidi berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keadilan serta mereka yang terbabit dalam kematian Muhamamd Adib dibawa ke muka pengadilan.

Muhammad Adib, parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018.

Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan, selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.

Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019.

Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemuka. Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori