• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liwat Pelajar Tahfiz, Warden Dipenjara 133 Tahun

oleh
29/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 26 pertuduhan liwat dan jenayah seksual terhadap lima pelajar tahfiz, bulan lalu.

Tertuduh, Nawawi Anuar, 28, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Nawawi yang berasal dari Bandar Baharu Kedah dituduh melakukan kesalahan terbabit di Maahad Tahfiz al Quran Ar Raudhah Bohor Mali, Simpang Empat sepanjang April lalu terhadap lima pelajar berkenaan yang berusia antara 9 hingga 15 tahun.

Bagaimanapun, Nawawi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan liwat dan memaparkan video lucah melalui telefon bimbit kepada seorang mangsa berusia 11 tahun.

Pendakwaan yang berlangsung dua sesi hari ini dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK serta Seksyen 15(e) dan 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 selain Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Prosiding kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali bersama Nor Shuhada Mohd Yatim dan Mohd Farhan Aliff Ahmad sementara Nawawi diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Negeri Perlis.

Mahkamah menetapkan tarikh 9 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan juga proses penyerahan dokumen bagi tiga pertuduhan yang minta dibicarakan. – Sinar Harian

Tags: LiwatPelajar TahfizPenjarawarden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd