• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang, Hanif Omar Bincang Selesaikan Kes Saman

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak dalam kes saman fitnah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang terhadap bekas ketua polis negara Mohammed Hanif Omar, akan berbincang untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Peguam Rayveni Asogan, yang mewakili Lim, berkata demikian selepas pengurusan kes itu dalam kamar Hakim Azimah Omar.

“Mahkamah menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes akhir bagi kedua-dua pihak untuk kemas kini dengan mahkamah sama ada pihak terbabit ada untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

“Kedua-dua pihak terbuka untuk penyelesaian tetapi ia bergantung kepada syarat penyelesaian. Jika gagal capai kesepakatan (untuk penyelesaian luar mahkamah) mahkamah akan teruskan dengan penetapan tarikh perbicaraan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Peguam Janani Kumari yang mewakili Hanif turut hadir pada prosiding itu.

Pada 17 Oktober tahun lepas, Lim sebagai plaintif menyaman Hanif selaku defendan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 September 2018, yang diterbitkan dan disiarkan akhbar Sinar Harian, hari yang sama.

Dalam pernyataan tuntutannya, ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor Bahru itu mendakwa defendan juga secara salah dan berniat jahat menyebabkan kata-kata fitnah itu disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today pada hari sama (6 September) dan keesokannya.

Pemimpin Kanan DAP itu mendakwa kata-kata fitnah berkenaan antara lain membawa maksud beliau bertanggungjawab dan berniat mengarahkan DAP untuk memisahkan atau membahagikan Semenanjung Malaysia kepada 2 bahagian berdasarkan kaum dan berniat untuk memecahkan kaum Melayu dan Cina.

Lim turut mendakwa kata-kata fitnah itu menyebabkan reputasinya selaku ahli Parlimen dan orang kenamaan terjejas.

Dakwanya, satu surat bertarikh 12 September dihantar supaya defendan menarik balik kata-kata fitnah serta memohon maaf, namun peguam defendan menjawab surat berkenaan dan menafikan kata-kata fitnah itu terhadap plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kata-kata fitnah itu selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta satu perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan semula kata-kata fitnah berkenaan.

Tags: hanif omarkes samanLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd