• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Puteri Diana ‘Bukan Satu Kemalangan’

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang lelaki bersama pasangannya yang menyaksikan kemalangan jalan raya yang mengorbankan Puteri Diana menjelaskan kematian puteri kesayangan ramai itu bukannya ‘satu kemalangan’.

Daily Mail melaporkan, Robin dan Jack Firestone mendakwa mereka masih hidup dalam ketakutan selepas melaporkan kehadiran dua kereta misteri di tempat kejadian.

Puteri Diana, 35, dan kekasihnya, Dodi Fayed, 42, serta pemandu mereka, Henri Paul, 41, meninggal dunia dalam nahas di Terowong Pont de’ l’Alma, Paris pada 31 Ogos 1997.

Firestone memberitahu Express, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke hotel ketika memandu ke terowong itu, hanya beberapa minit selepas kemalangan.

Jelasnya, dia dan Robin melihat dua kereta ‘formal’ dan diletakkan secara pelik di depan Mercedes S280.

Tetapi pada keesokan harinya, mereka menyedari bahawa individu yang berada di dalam Mercedes itu adalah Puteri Diana.

Mereka kemudiannya bertemu dengan seorang pegawai polis Perancis untuk melaporkan mengenai kereta misteri yang berada di lokasi kejadian itu.

Robin berkata: “Kami beritahunya kami berada di dalam terowong itu. Tanpa teragak-agak dia (pegawai polis) berkata pihaknya sudah mempunyai cukup saksi. Kami terkejut (dengan jawapan itu) kerana mereka tidak mahu bercakap dengan saksi.”

Mereka mendakwa telah dihentikan daripada memberikan keterangan oleh pihak berkuasa Perancis dan Britain kerana begitu kontroversi.

Mereka juga tidak dipanggil untuk inkues pertama yang diadakan di London pada Januari 2007.

Robin berkata, dia dan Firestone masih hidup dalam ketakutan kerana apa yang mereka lihat atau saksikan.

“Saya tidak fikir kematian Puteri Diana adalah kemalangan. Saya berharap satu hari nanti, Putera William dan Putera Harry mahu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada ibunya,” katanya. – Agensi

Tags: kemalangan mautkematianputeri diana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd