• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Betul Ke DAP Parti Rakyat Malaysia Tulen?

oleh
06/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis politik mendakwa rasa ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu perhimpunan yang diadakan semalam satu perkara yang melucukan.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengaku geli hati dengan kenyataan Menteri Kewangan itu yang mengatakan DAP sebagai sebuah parti rakyat Malaysia yang tulen.

“Tergelak seketika saya bila mendengar perisytiharan Guan Eng. Dalam ucapan beliau pada Persidangan Kebangsaan DAP di IDCC Shah Alam semalam Guan Eng kata ‘DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman turut menyenaraikan 24 perkara sebagai persoalan untuk membidas kembali kenyataan Guan Eng berhubung perkara itu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada DAP benar-benar parti rakyat Malaysia yang tulen apabila Melayu dan Islam kini diketepikan.

“Dan tahukah Lim Guan Eng apa maksud ‘tulen’ dan apa maksud ‘palsu’?” soalnya.

Kalau betul DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen, mengapa pula:

(1) Semua tujuh Ahli Dewan Negara DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(2) Semua 41 daripada 42 Ahli Dewan Rakyat DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(3) Semua 103 daripada 109 Ahli Dewan Undangan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(4) Semua dua Speaker Dewan Undangan Negeri DAP dan dua Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(5) Semua enam menteri dan enam daripada tujuh Timbalan Menteri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(6) Duta Besar DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(7) Semua 1 Ketua Menteri dan 1 Timbalan Ketua Menteri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(8) Semua dua Menteri dan dua Pembantu Menteri DAP di Sabah adalah bukan Melayu bukan Islam?

(9) Semua 26 daripada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(10) Semua 29 daripada 31 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?

(11) Semua 21 daripada 24 Ahli Jawatankuasa DAPSY 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(12) Semua 16 daripada 19 Ahli Jawatankuasa Wanita DAP 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(13) Semua 21 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sabah 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(14) Semua 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(15) Semua 19 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Perlis 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(16) Semua 17 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Negeri Sembilan 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(17) Semua 15 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Kedah 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(18) Semua 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Perak 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(19) Semua 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(20) Semua 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(21) Semua 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(22) Semua 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(23) Semua 17 daripada 18 Ahli Jawatankuasa DAP Kuala Lumpur 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

(24) Semua 14 daripada 16 Ahli Jawatankuasa DAP Pahang 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam? – MalaysiaGazette

Tags: DAPKamarul Zaman YusoffLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd