• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahkan Bank, Guan Eng Tunjuk Sikap ‘Mesra Pemaju’

oleh
27/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal memahami masalah utama yang menyebabkan sesuatu permohonan pinjaman perumahan ditolak.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, pinjaman perumahan merupakan salah satu perniagaan utama bagi setiap bank komersial dan jarang sekali bank akan menolak mana-mana permohonan pinjaman sekiranya syarat asas pinjaman telah dan dapat dipenuhi oleh pemohon.

Bagaimanapun jelas beliau, sebagai sebuah entiti perniagaan, bank komersial sudah tentu tidak mahu mengambil risiko untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana pihak yang dirasakan tidak mampu membuat bayaran balik dan memenuhi komitmen pinjaman yang dibuat.

“Persoalan besar tentang pemilikan rumah di negara ini bukanlah kerana kesukaran mendapatkan pinjaman sebaliknya adalah harga rumah yang dijual adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan rakyat.

“Khazanah Research Institute (KRI) dalam kertas kerja kajian terbaru mereka bertajuk Rethinking Housing: Between State, Market and Society telah menyatakan bahawa tahap kemampuan untuk memiliki rumah terus merosot untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Antara punca berlakunya perkara ini adalah kerana rumah-rumah yang dijual adalah sangat tidak boleh dibeli akibat ketidakmampuan yang serius,” tulis di laman Facebook miliknya.

Semalam, Guan Eng dalam ucapannya ketika merasmikan Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia (HOC-MAPEX) menyatakan bahawa pihak kementeriannya Bersama-sama Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana bank yang menolak permohonan pinjaman perumahan tanpa asas-asas yang kukuh.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, kajian oleh KRI ini juga adalah seiring dengan laporan bertajuk “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang dikeluarkan oleh BNM pada tahun lalu yang menjelaskan harga rumah di Malaysia adalah lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan serta harga median rumah di Malaysia iaitu RM313,000.

Jelas beliau, harga itu adalah lebih mahal berbanding harga maksimum mampu milik iaitu sebanyak RM282,000.

“Kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan ini dilihat hanya meletakkan kesalahan kepada pihak pemberi pinjaman iaitu bank tetapi pada masa yang sama menafikan realiti bahawa pemaju perumahan gagal memenuhi kehendak serta kemampuan rakyat apabila membina lebih banyak rumah mewah yang mahal berbanding rumah mampu milik.

“Sebelum ini juga Menteri Kewangan telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang menyaksikan kerajaan memperkenalkan insentif pengecualian duti setem ke atas pembelian rumah yang berharga RM300,000 sehingga RM2.5 juta.

“Walaupun kononnya untuk membantu rakyat untuk memiliki rumah, kempen HOC ini dilihat hanyalah sebagai talian hayat kepada pihak pemaju untuk menjual unit yang tidak terjual.

“Kenyataan terbaru Menteri Kewangan ini sekali lagi melihatkan sikapnya yang sangat ‘mesra pemaju’. Sepatutnya, Menteri Kewangan perlu mengawal tindakan pihak pemaju yang berterusan membina rumah ‘mampu berangan’ atau ‘mampu tengok’, bukannya menjadikan bank sebagai ‘scapegoat’ untuk dipersalahkan tetapi pada masa yang sama berterusan memberikan talian hayat kepada pihak pemaju ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Khairy JamaluddinLim Guan Engpinjaman perumahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd