• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek STS: Kerajaan Negeri Johor Tahu – Mahathir

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak dakwaan kerajaan negeri Johor tidak mengetahui tentang pelaksaan projek hab pemindahan kapal ke kapal (STS) bernilai lebih RM600 juta yang akan dibina di perairan negeri itu.

Beliau turut menolak tuduhan bahawa Kerajaan Pusat mengutamakan kroni dalam pelaksaan projek berkenaan yang akan menjadi hab pemindahan kapal ke kapal terbesar di dunia.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, pembinaan projek STS akan menguntungkan Malaysia.

“Ini satu projek yang akan menguntungkan Malaysia. Saya tak fikir ada orang yang nak rugikan Malaysia dengan memihak kepada orang lain.

“Semua orang di Malaysia ini kroni saya kerana saya bekerja untuk semua orang, termasuk orang Johor,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani pembinaan STS itu di sebuah hotel, di sini hari ini.

Pembinaan STS itu membabitkan kerjasama antara syarikat tempatan KA Petra Sdn. Bhd. dengan syarikat perkapalan terbesar dunia berpangkalan di Hong Kong, Hutchinson Port Holdings Limited.

Ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri Johor berhubung projek berkenaan, Dr. Mahathir berkata: “Saya ingin tahu ingin tahu sama ada kerajaan negeri akan menolak pelaksaan projek ini. Setakat ini mereka tidak tolak.”

Berhubung kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa tidak tahu tentang projek itu, Dr. Mahathir berkata, beliau hairan kenapa Tengku Mahkota Johor itu tidak tahu sedangkan projek berkenaan telah dibincangkan sejak tahun lalu.

“Dia ada dalam Johor, banyak orang Johor tahu, dia tak tahu saya hairan. Dia tahu banyak perkara tetapi yang ini tak tahu,” katanya.

Dr. Mahathir turut mengulas bantahan Singapura berhubung projek tersebut dengan menegaskan, Malaysia berhak melaksanakan projek terbabit kerana ia dibina dalam perairan negara.

“Singapura tahu berkenaan projek ini. Projek ini dilaksanakan dalam perairan Malaysia bukan di perairan Singapura,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: JohorMahathir MohamadProjek STS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

29/07/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem logistik halal sebagai langkah memperkukuh integriti rantaian bekalan produk...

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd