• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilpres 2019: Jokowi Selesa Dahului Prabowo

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Presiden Joko Widodo yang mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Presiden 2019, selesa mendahului lawannya Prabowo Subianto dengan kelebihan 9.6 juta undi, selepas proses pengiraan undi kini mencapai 50.5 peratus.

Pemerhati politik melihat kelebihan peratusan undi yang diterima Jokowi setakat ini memudahkan beliau mempertahankan jawatan Presiden Indonesia untuk penggal 2019-2024.

Mengikut real count atau pengiraan undi menerusi laman web rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU), Jokowi dan pasangannya Ma’aruf Amin, 76, untuk jawatan naib presiden, memperoleh 56.24 peratus (43,436,826 undi) berbanding Prabowo, 67, dan pasangannya, Sandiaga Uno, 49 yang memperolehi 43.76 peratus (33,794,744 undi).

Peratusan itu berdasarkan pengiraan undi melibatkan 411,409 Tempat Pemungutan Suara (TPS) atau pusat pengundian, daripada keseluruhan 813,350 TPS.

Pada 17 April lepas, sebanyak 77.5 peratus daripada 192,828,520 pengundi yang layak, mengundi pada Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2019). Proses pengiraan undi Pemilu 2019 dijangka selesai 22 Mei.

Tags: JokowiPilpres 2019Prabowo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Prabowo Mahu Damaikan Israel Dan Iran, Tawar Jadi Orang Tengah

Prabowo Mahu Damaikan Israel Dan Iran, Tawar Jadi Orang Tengah

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan kesediaan beliau untuk berperanan sebagai orang tengah dalam konflik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd