• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tidak Boleh Ubah Penganjuran Pesta Songkran

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak boleh mengubah sewenang-wenangnya penganjuran Pesta Songkran atau Festival Air yang merupakan program tahunan masyarakat Siam di Pengkalan Hulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata, penganjuran program itu adalah satu daripada keunikan budaya serta tarikan pelancongan di kawasan yang terletak bersempadan dengan Betong, di wilayah Yala, selatan Thailand.

“Sebarang perkara atau elemen yang mencetuskan rasa tidak senang hati atau sensitif (dengan Pesta Songkran), kerajaan negeri akan cuba pantau atau minimumkan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Razman Zakaria (PAS-Semanggol) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Razman dalam soalannya ingin tahu apakah usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap penganjuran Pesta Songkran yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Islam kerana dianggap melibatkan isu aqidah.

Semasa Pesta Songkran, orang ramai akan saling menyimbah air kerana masyarakat Siam percaya ia merupakan tanda peralihan ke kalendar baharu atau tahun baharu.

Selain itu, Tan (PKR-Simpang Pulai) berkata, Lapangan Terbang Betong yang dijangka beroperasi tahun depan akan memberi banyak impak positif kepada Pengkalan Hulu termasuk daripada segi kemasukan pelancongan asing.

Tags: masyarakat SiamPerakSongkran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd