• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Kembali Anggotai PAC

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kembali menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas melepaskan jawatan itu, hujung bulan lalu.

Nurul Izzah dipercayai mengambil keputusan kembali semula memegang jawatan itu selepas kemelut jawatan Pengerusi PAC selesai, hari ini.

Menurut sumber, Nurul Izzah difahamkan berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat hari ini atas permintaan Sekretariat PAC.

“Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC amat penting. Saya diminta hadir oleh Sekretariat PAC untuk turut serta dalam aturan mesyuarat hari ini.

“Saya bersetuju setelah berbincang dengan Ketua Whip (Datuk Johari Abdul),” beliau dipetik berkata.

Nurul Izzah melepaskan jawatan itu susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee tidak perlu melepaskan jawatannya sebagai pengerusi jawatankuasa terbabit selepas menyertai Bersatu.

PH sebelum ini berjanji supaya jawatan Pengerusi PAC dikhaskan kepada wakil rakyat pembangkang.

Nurul Izzah dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya sebelum ini menegaskan Pengerusi PAC perlu diisi oleh pembangkang bagi memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

Hari ini Dr. Mahathir dijangka membentangkan usul bagi memilih Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad bagi menggantikan Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran pada sesi persidangan kali ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat hari ini, bilangan kesembilan.

BN menamakan Noraini sebagai pengerusi selepas Ronald yang dahulunya pemimpin UMNO Sabah menyertai Bersatu pada 15 Mac lalu.

Pertukaran jawatan itu susulan bantahan selama beberapa minggu oleh wakil rakyat dan orang ramai yang mahu kerajaan memutuskan untuk mengadakan usul menggantikan Pengerusi PAC dengan anggota Parlimen pembangkang. – ASTRO Awani

Tags: Nurul Izzah AnwarPAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

Cuti Nurul Izzah Tiada Had Masa, Boleh Kembali Jadi Timbalan Presiden PKR

Cuti Nurul Izzah Tiada Had Masa, Boleh Kembali Jadi Timbalan Presiden PKR

14/08/2026
0

AYER KEROH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia menerima semula Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti apabila beliau telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd