• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Ada Kaedah Kurang Tempoh Menunggu Haji

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mempunyai kaedah untuk mengurangkan tempoh menunggu pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) mengerjakan ibadah haji kali pertama.

Mujahid memberi jaminan itu sebagai salah satu proses pemulihan TH yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (TH) demi kepentingan dan kebajikan 9.3 juta pendeposit agensi itu.

“Kita sekarang baru memulihkan antara aset dengan liabiliti, itu keutamaannya dan sekarang kita sudah capai, dengan kata lain the worst is over, segala yang menyebabkan masalah besar (selesai) sebab dia melanggar akta.

“Langkah seterusnya ialah kita nak tengok keperluan lain seperti penstrukturan semula dari sudut pendeposit supaya nak jaga kebajikan mereka.

“Kita nak tengok tentang haji itu sendiri macam mana kita nak kurang kadar tunggu yang panjang sampai 100 tahun, boleh ada kaedahnya, benda-benda kita sedang meneliti Insya-Allah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Rakan Masjid Hospital (Ramah) di Hospital Putrajaya, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Rohaizat Yon; Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’i Mohd Said; Pengarah Institut Kanser Negara, Dr. Asmayani Khalib dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Jumaat lalu, TH mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Mujahid ketika pengumuman hibah itu berkata, pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.

Media melaporkan Mujahid berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

Susulan pelan pemulihan itu, Mujahid diberi jaminan oleh pihak pengurusan baharu TH bahawa laporan prestasi agensi yang menguruskan jemaah haji itu akan dibentangkan kepada kerajaan empat kali setahun.

“Kami telah diberi jaminan oleh pihak pengurusan baharu TH, setiap suku tahun dia akan bentangkan prestas kewangan supaya orang boleh tahu prestasinya setakat ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: HajiMujahid Yusof RawaTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd