• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Kulim Bakal Jejaskan Pulau Pinang

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Kerajaan negeri tegas dengan pendirian supaya Kementerian Pengangkutan mengkaji dengan lebih mendalam dan teliti berhubung cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (LTAK), Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, berdasarkan semakan kerajaan negeri dengan dua laporan yang disediakan oleh juruperunding yang telah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan LTAK, pembinaannya akan memberi impak yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAAP) khususnya dan Pulau Pinang amnya.

Sehubungan itu, katanya, kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan supaya cadangan pembangunan tersebut adalah holistik dan menguntungkan semua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menambah, kerajaan negeri melihat cadangan membina lapangan terbang baharu di kawasan tambakan laut di perairan selatan negeri ini kelak sebagai satu pilihan yang akan dipertimbangkan.

“Cadangan penambakan laut di selatan bahagian pulau negeri ini merupakan cadangan penambakan yang holistik dalam usaha melonjak ekonomi negeri,” katanya dalam sidang DUN di sini, hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Goh Choon Aik (DAP-Bukit Tambun) berhubung pendirian kerajaan negeri mengenai cadangan pembinaan LTAK serta cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di atas tanah yang dirancang ditambak di perairan selatan negeri ini.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Pusat meluluskan cadangan pembinaan projek LTAK membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Ekoran pengumuman itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut penjelasan daripada Kerajaan Negeri Kedah berhubung status lapangan terbang tersebut sama ada kategori kargo atau penumpang.

Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mahukan kajian kebolehlaksanaan dilakukan terlebih dahulu sebelum projek berkenaan dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAP Pulau PinangKedahLTAK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd