• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Mungkin Henti Beli Air Terawat Dari Singapura

oleh
03/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh berhubung usaha memastikan Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura.

Menterinya, Xavier Jayakumar berkata kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri itu bagi mengenalpasti impak, rangka kerja, cadangan dan rundingan berhubung kebergantungan kepada sumber asas itu.

“Kita mahu Johor pergantungan sifar dan kita tidak mahu mereka ambil air (terawat) dari Singapura lagi. Dalam masa yang sama kajian ini memastikan air di Johor mencukupi untuk masa akan datang.

“Hasil kajian ini saya akan kemukakan kepada Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Konservasi Air SPAN sempena sambutan Hari Air Sedunia di Petaling Jaya Boulevard, hari ini.

Awal Mac lepas, Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata kerajaan negeri itu merancang untuk tidak lagi mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura sekali gus mahu menampung sendiri keperluan sumber itu.

Singapura bayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.

Ditanya mengenai paras air di empangan seluruh negara susulan cuaca panas yang melanda ketika ini, Xavier berkata paras air semua empangan kini berada dalam keadaan terkawal.

“Walaupun paras air sudah rendah di beberapa empangan tetapi ia bukan krtitikal, malah hujan sudah mula kembali dan dijangka beberapa kawasan yang dilanda kemarau akan dapat hujan bulan ini,” katanya.

Terdahulu Xavier turut mengumumkan pelantikan 7 ahli suruhanjaya baru bagi SPAN iaitu Steven Choong Shiau Yoon, Abdul Rashid Maidin, Gurdial Singh Nijar, Abdul Halim Jantan, V Subramaniam, Faizal Parish Abdullah dan Sarajun Hoda Abdul Hassan.

Menurut Xavier semua mereka dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran masing-masing dalam bidang berkaitan sumber air.

“Mereka akan menentukan hala tuju SPAN dan memastikan perjalanan suruhanjaya ini berjalan lancar,” katanya.

Tags: Air terawatJohorSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Ambil Tindakan Warga Singapura Liat Bayar Saman

Next Post

Clare Tidak Dibenarkan Masuk Perbicaraan Najib

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post

Clare Tidak Dibenarkan Masuk Perbicaraan Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd