• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Adib: Task Force Kuil Tarik Balik Permohonan

oleh
15/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jawatankuasa bertindak Kuil Sri Maha Mariamman menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang menolak permohonan mereka untuk menjadi pihak-pihak berkepentingan dalam Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguamnya, M Visvanathan turut menarik balik permohonan mereka untuk menggantungkan prosiding inkuiri tersebut.

Panel tiga hakim, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan membenarkan permohonan Visvanathan.

Ketika ditemui pemberita, Visvanathan memberitahu keputusan itu dibuat mereka berpandukan afidavit Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah yang menyatakan kematian Muhammad Adib bukan akibat dipukul.

“Jadi jelas rumusan dibuat Jabatan Peguam Negara adalah kematian si mati (Muhammad Adib) bukanlah dibuat oleh mana-mana individu.

“Jadi, tidak perlu pihak kuil atau mana- mana pihak dipersalahkan sekiranya ada pihak yang mempersoalkan dengan menyatakan si mati dipukul,” katanya.

Sementara itu, Hamdan ketika ditemui berkata, rumusan afidavit itu dibuat berdasarkan keterangan Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood (saksi ke-27) serta Pakar Bedah Forensik HKL, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi (saksi ke-24).

“Bagaimanapun saksi-saksi belum selesai memberi keterangan,” katanya.

Pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Koroner bahawa pemohon tiada neksus dengan insiden tersebut untuk menjadi pihak berkepentingan dan menyertai prosiding itu.

Prosiding perbicaraan inkuiri itu memasuki hari ke-26 dengan 29 saksi tampil memberi keterangan.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat. – Sinar Harian

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd