• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fizz Fairuz Lapor Polis Akaun Gosip Makcik Puaka

oleh
17/04/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh hari memberi tempoh permohonan maaf kepada pengendali akaun gosip Makcik Puaka atas tuduhan menyebar fitnah terhadapnya, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengambil tindakan lanjut membuat laporan polis petang tadi.

Laporan itu dibuat Fizz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk membawa pihak tersebut ke muka pengadilan selepas pengendali akaun itu gagal memunculkan diri seperti dituntutnya pada 7 April lalu.

Sebelum itu, Fizz, 39, melanjutkan tempoh untuk individu itu membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam pada Isnin lalu, namun pemilik akaun berkenaan masih gagal berbuat demikian.

“Saya minta dia buat permohonan maaf secara terbuka tetapi dia gagal. Dia ada menghantar mesej kepada saya di Instagram untuk meminta maaf. Tetapi itu bukan permohonan maaf yang saya mahukan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga telah meninggalkan nombor telefon kepada individu itu supaya memudahkan urusannya untuk membuat permohonan maaf.

“Saya beri nombor telefon sekiranya dia berhasrat berjumpa dengan saya secara peribadi. Tetapi semua itu hanya sia-sia kerana dia langsung tidak menghubungi saya,” katanya.

Terdahulu, akaun hiburan itu telah memuat naik satu berita yang memberi gambaran bahawa pelakon itu adalah individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat ketika bercuti di sebuah pulau di Terengganu seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Justeru, Fizz menyerahkan kes tersebut kepada pihak peguam termasuklah urusan memfailkan saman fitnah ke atas pengendali akaun Makcik Puaka. – K! ONLINE

Tags: Fizz Fairuzlaporan polismakcik puaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selesai Inkues Baru Fail Afidavit Adib Dipukul Atau Tak

Next Post

Kadar Tambahan Bagi Bayaran Bagasi MAS Palsu

Related Posts

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

28/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima beberapa laporan polis berhubung kes Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh....

Next Post

Kadar Tambahan Bagi Bayaran Bagasi MAS Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd