• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tolak Jika Ditawarkan Jadi Menteri Kewangan

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian bahawa beliau enggan menjadi Menteri Kewangan sekiranya pimpinan Pakatan Harapan (PH) menawarkan jawatan berkenaan kepadanya.

Katanya, ekonomi yang tidak kukuh antara faktor beliau tidak mahu memegang jawatan itu sekarang.

“Jika saya ditawarkan Menteri Kewangan sekarang saya tidak akan mengambilnya.

“Pertumbuhan ekonomi (zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan) 10 peratus, sekarang 4.5 peratus,” katanya pada pelancaran Tabung Bantuan Pelajar Antarabangsa Abusulayman UIAM, di kampus itu hari ini.

Anwar merujuk kepada jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) Malaysia bagi 2019 akan mencecah tahap sederhana sebanyak 4.5 peratus.

Bagaimanapun, pada tahun lalu KNDK negara dicatatkan 4.7 peratus.

Untuk rekod, Anwar berkata, KDNK semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998 adalah pada kadar 10 peratus.

Kadar itu, katanya, berbeza dengan sekarang sehingga menyebabkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terpaksa memberikan jawapan bahawa segala peruntukan masih dalam pertimbangan kerajaan setiap kali diutarakan soalan itu.

“Jawapan yang diberi oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan akan lihat, tidak boleh luluskan (sebarang peruntukan) sekarang dan atas dipertimbangkan.

“Ini jawapan biasa, kerana ada masalah kewangan,” katanya lagi.

Anwar ketika sesi soal jawab selepas selesai ucapan penggulungan pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pada 1 April lalu berkata beliau tidak mahu menganjurkan jawatan itu kerana pertumbuhan ekonomi yang lembab.

Dalam majlis hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga turut menyampaikan replika cek bernilai RM1.03 juta yang akan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan. – MalaysiaGazette

Tags: Anwar Ibrahimmenteri kewanganpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd