• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Alih Dalam Keadaan Stabil Lebih Mudah – Anwar

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Selepas 5 hari menolak untuk menjadi menteri kewangan, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, adalah lebih mudah untuk mengambil alih kerajaan dalam keadaan yang sudah stabil.

Anwar berkata, buat masa ini beliau menyokong supaya Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad membetulkan keadaan dan mestabilkan negara yang telah dirosakkan kerajaan sebelum ini.

“Ini kerana yang menggantikan Najib Razak mempunyai pengalaman. Dia (Dr. Mahathir) tahu kalau kapal baru yang sedang gelombang masih dapat dikawal.

“Bagi saya, saya sokong supaya kapal ini stabil sahaja, saya ambil alih dalam keadaan stabil itu lebih mudah. Jadi sebab itu, PKR perlu beri sokongan (pada Dr. Mahathir),” katanya ketika berucap dalam satu majlis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat, malam ini.

Pada 24 April lalu, Anwar berkata, beliau akan menolak jawatan menteri kewangan jika ditawarkan kepadanya ketika ini susulan kekangan ekonomi negara yang tidak menentu.

Anwar berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terpaksa memberi jawapan standard apabila permintaan untuk peruntukan diajukan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, proses mendakwa Najib tidak semudah seperti kes dakwaan terhadapnya semasa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Beliau berkata, proses pendakwaan terhadap Najib haruslah mengikut kedaulatan undang-undang, iaitu “rule of law”.

“Itu janji kita yang akan tunaikan dan janji itu tidak mudah untuk ditunaikan. Kena ikut prosesnya,” kata beliau. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadmenteri kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd