• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afidavit Kematian Adib Tidak Masuk Akal

oleh
20/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara mengatakan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipukul disifatkan sebagai tindakan tidak masuk akal dilakukan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Burhanuddin Ruslan malah menegaskan langkah berkenaan seolah-olah menidakkan hak pembelaan dan keadilan kepada seorang anggota bomba yang telah terkorban ketika menjalankan tugas serta amanah negara.

Apatah lagi kata Burhanuddin, afidavit tersebut difailkan ketika proses inkues melibatkan kes Muhammad Adib masih berjalan dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Sehubungan itu, Wira Perkasa menyokong gesaan yang dibuat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) supaya Tommy menarik balik afidavit yang menyatakan bahawa kecederaan dialami Muhammad Adib sehingga membawa kepada kematian bukan disebabkan dipukul perusuh.

“Tindakan ini juga dianggap tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip undang-undang apabila afidavit diumumkan sebelum selesai inkues,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Isnin lalu, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Jawatankuasa Bertindak Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield telah menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian Adib.

Peguam. M. Visvanathan yang mewakili jawatankuasa itu berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.

Menurut Visvanathan, afidavit itu yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah menyatakan kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana-mana orang. – UTUSAN ONLINE

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd