• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Adib Kemungkinan Hilang Ingatan”

oleh
01/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini yang beliau dimaklumkan seorang pakar di Institut Jantung Negera (IJN), Muhammad Adib Mohd Kassim, kemungkinan hilang ingatan.

Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, Asisten Superintendan Lew Keng Joe, berkata Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorosik IJN, Datuk Dr. Mohamed Ezani Md Taib, memberitahunya perkara itu, ketika beliau melawat Muhammad Adib bagi tujuan untuk bertanya soalan kepada anggota bomba itu pada jam 8.45 pagi, 12 Disember 2018.

Beliau berkata, Dr. Mohamed Ezani memberitahu perkara itu selepas Muhammad Adib enggan menjawab soalannya berhubung kecederaan dirinya sama ada dipukul atau dilanggar.

“Sebelum itu, saya kenalkan diri kepada Muhammad Adib di depan Dr. Mohamed Ezani manakala dia (Muhammad Adib) dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana ada hos di dalam mulutnya.

“Dia dalam keadaan bergerak kiri ke kanan (badan), saya tidak tahu sama ada gerakan itu kerana sakit atau tidak tetapi dia tak boleh bercakap.

“Adib tak dapat jawab tetapi tangan dia bergerak kiri kanan dan masa itu dia dalam beremosi dan tangan kiri cuba tarik hos tetapi jururawat halang,” katanya ketika memberi keterangan di hari ke-21 prosiding inkues yang diadakan bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib.

Saksi ke-28 itu berkata, Dr. Mohamed Ezani kemudian memberitahu anggota bomba itu mungkin hilang ingatan kerana mengalami tekanan darah rendah.

Katanya, sebelum keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN, pakar itu turut memaklumkan yang beliau pernah bertanyakan soalan sama kepada Muhammad Adib tetapi mangsa enggan menjawab.

Dalam prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, Keng Joe berkata selepas Muhammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam, 17 Disember 2018, dia terus pergi ke IJN.

Katanya, setibanya di ICU, beberapa pegawai bomba yang tidak memakai uniform menghampirinya dan memaklumkan mayat Muhamamd Adib tidak perlu dibedah siasat.

Beliau berkata, pegawai bomba terbabit turut memaklumkan punca kematian Muhammad Adib akan disahkan oleh Dr. Mohamed Ezani.

“Saya kemudian menghubungi OCPD (Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari) dan dia arahkan bedah siasat terhadap Muhammad Adib perlu dijalankan,” katanya. – BH Online

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd