• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adib Diseret Dalam Keadaan Separa Sedar

oleh
16/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan dalam keadaan separa sedar ketika diseret selepas dihentak oleh daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Berdasarkan teori bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr. Shahrom Abd Wahid, keadaan anggota bomba itu disebabkan oleh perasaan terkejut ditarik atau kesakitan yang amat selepas cedera parah di dada kanan, depan dan belakang dalam masa yang sama patah tujuh pada kiri belakangnya.

Sehubungan itu Adib menurut saksi ke-29 itu tidak melawan walaupun ditarik.

“Kemungkinan besar pada waktu diriseret dia sudah mula rasa kesakitan yang amat sangat patang tulang kanan depan belakang dan tulang rusuk kiri selain kecederaan paru-paru.

“Dia mungkin separa sedar. Satu elemen pasal dia terkejut yang kedua sebab sakit yang teramat akibat kecederaan.

“Dia sedar dirinya bergerak ditarik tapi untuk meronta-ronta melawan tidak ada. Tidak ada reaksi,” katanya pada prosiding inkues kematian Adib pada hari ke-27.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah tentang bagaimana keadaan anggota bomba ketika diseret.

Shahrom juga berpendirian bahawa Muhammad Adib sebagai anggota bomba tidak menyangka perusuh akan menyerangnya bersesuaian dengan tujuan badan unit beruniform itu ke kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November untuk memadamkan kebakaran.

“Dia tak rasa dia diserang tiba-tiba orang datang merentap kolar (bajunya) .

“Dalam keadaan rusuhan, dia memikirkan dia ahli bomba dan kemungkinan dia diserang sebab dia bomba tidak ada. Belum ada lagi anggota bomba diserang,” ujar beliau.

Terdahulu Shahrom memberitahu selepas dihentak pada dada dan di belakang bahagian kirinya, Adib yang jatuh kemudian ditarik. – MalaysiaGazette

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd