• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Lihat Adib Keluar Dari Van EMRS, Dihimpit

oleh
19/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Warga Pakistan menjadi satu-satunya saksi setakat ini yang melihat anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim keluar daripada kenderaan itu dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman November lalu.

But Mohsin yang bekerja sebagai juruteknik penyaman udara selama empat tahun di negara ini, turut melihat Muhammad Adib dihimpit oleh van EMRS dan sebuah kereta yang di pakir di bahu jalan ketika jentera Fire Tender Rescue (FRT) berundur.

“Saya berada di pos pengawal kawasan perumah USJ 18 dan jaraknya 10 meter dari FRT dan van EMRS berhenti.

“Saya lihat ada anggota bomba memakai uniform turun dan kemudian terus naik semula selepas menyedari mereka di serang oleh orang awam.

“Seorang anggota bomba yang memakai topi keledar yang saya lihat berada di antara FRT dan van EMRS turut meluru membuka pintu sliding van dan masuk ke dalamnya.

“Bagaimanapun seorang anggota bomba yang memakai baju biru gelap atau hitam dan berseluar celoreng berwarna oren yang keluar dari bahagian hadapan penumpang van itu tidak sempat memasuki semula jentera mereka,” katanya kepada Mahkamah Koroner.

Menurutnya, anggota bomba itu kemudian terhimpit antara van dan kereta yang dipakir.

“Dia kemudiannya jatuh terlentang dan orang ramai mengerumuninya seperti menyerang anggota bomba itu,” katanya.

Hamdan: Boleh kamu beritahu mahkamah, apakah jenis kereta yang dihimpit oleh van EMRS?

Saksi: Saya tidak perasan.

Hamdan: Kamu lihat mangsa jatuh terlentang?

Saksi: Iya.

Hamdan: Apa yang terjadi selepas itu?

Saksi: Saya nampak orang ramai macam serang dia. Saya juga nampak ada orang cuba bantu. Ada orang mengangkat dan membawa Adib ke arah Caltex.

Hamdan: Bagaimana kamu tahu itu Adib?

Saksi: Saya tahu melalui berita selepas kejadian.

Prosiding hari ke 13 berlangsung di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok dengan pemeriksaan balas oleh peguam keluarga dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). – Sinar Harian

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sungai Kim Kim Bebas Daripada Pencemaran Sisa Toksik

Next Post

Pelajar Malaysia Baca Al-Quran Depan Ratusan Penduduk NZ

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Pelajar Malaysia Baca Al-Quran Depan Ratusan Penduduk NZ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd