Sunday, November 3, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Boleh Ambil Alih...

PETALING JAYA - Terma lebih baik perlu dirunding dalam proses mengambil alih empat...

Go TRW Go: Merah...

JANJI terkini Tan Sri Annuar Musa satu suntikan semangat buat Persatuan Bolasepak Kelantan...

Umat Islam Akan Terus...

KUALA LUMPUR - "Umat Islam akan terus menjadi sasaran fitnah (barat) kerana agamanya....

Banjir Di Kelantan Buruk,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur terutama Kelantan bertambah buruk dengan...

RON97 Naik Lagi 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 5 April depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 2 sen iaitu daripada RM2.61 kepada RM2.63 seliter untuk tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April depan sepatutnya adalah masing-masing sebanyak RM2.33 dan RM2.36 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit kedua-dua produk petroleum berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. – K! ONLINE

Kategori