• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Pun Harga Minyak Mentah Brent USD82 Setong, Tapi Harga Diesel Tak Turun – Fadhli Shaari

oleh Mynewshub
22/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dulu Pun Harga Minyak Mentah Brent USD82 Setong, Tapi Harga Diesel Tak Turun – Fadhli Shaari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi membuktikan bahawa penetapan harga diesel pada kadar yang lebih rendah boleh dilakukan sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pada Jun 2024, kerajaan menaikkan harga diesel di Semenanjung Malaysia daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter dengan alasan rasionalisasi subsidi dan keperluan mengekang ketirisan.

“Ketika itu, harga minyak mentah Brent berada pada purata sekitar USD82 setong. Hari ini, harga Brent juga berada sekitar USD80 hingga USD82 setong, tetapi kerajaan mampu pula menurunkan harga diesel bersubsidi.

“Jika harga minyak dunia berada pada lingkungan yang hampir sama, apakah sebenarnya faktor yang berubah?,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, ketika pembangkang membangkitkan perkara itu pada tahun 2024, mereka dituduh tidak memahami ekonomi dan keperluan subsidi bersasar.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan hari ini menunjukkan memang terdapat pilihan dasar lain yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan ketika itu.

Justeru, katanya, rakyat berhak bertanya sama ada Malaysia sedang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang mempunyai dasar yang konsisten dan berpandangan jauh atau sebuah kerajaan yang sering mengubah pendekatan mengikut keadaan semasa.

“Jika pada paras harga minyak dunia yang hampir sama kerajaan boleh membuat keputusan yang berbeza, maka yang berbeza hanyalah waktunya.

“Dulu masih jauh dengan pilihan raya, sekarang pilihan raya sudah hampir, itu sahaja,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

Tags: Ahmad Fadhli ShaariBrentDieselhargaharga minyak mentahKetua Penerangan PAS PusatSetongturun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pemerhati ekonomi, Lim Sian See menerusi satu hantaran di media sosialnya mendakwa kuota...

SPR Buat Penafian, Tapi Mengapa Tiada Tindakan? – Fadhli Shaari

SPR Buat Penafian, Tapi Mengapa Tiada Tindakan? – Fadhli Shaari

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd