• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan Dari Singapura Tidak Kena Cukai – LHDN

oleh
11/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDAPATAN daripada punca penggajian di Singapura tidak tertakluk kepada cukai yang dikenakan di Malaysia, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif, Sabin Samitah berkata ini berikutan punca pendapatan di republik itu bukannya daripada punca penggajian di Malaysia.

“Bagi individu yang menetap di Malaysia melebihi tempoh 183 hari, beliau dianggap mempunyai status pemastautin bagi maksud percukaian di Malaysia bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP).

“Bagaimanapun, sekiranya individu tersebut tidak menerima apa-apa pendapatan yang berpunca dari Malaysia dan hanya menerima pendapatan penggajian dari Singapura, maka individu tersebut masih lagi tidak dikenakan cukai di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sabin mengulas laporan sebuah akhbar bahasa Cina hari ini yang “mencetuskan kekeliruan berhubung pendapatan diterima daripada sumber di Singapura dan asas penentuan status pemastautin bagi tujuan dikenakan cukai pendapatan.”

Jelas beliau, status pemastautin seseorang individu tidak akan menyebabkan semua pendapatan yang diterima secara automatik tertakluk kepada undang-undang percukaian.

Selain itu, sebarang punca pendapatan dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia juga dikecualikan cukai bawah Perenggan 28 Jadual 6 ACP tersebut, katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan mengunjungi pejabat LHDN berhampiran atau menghubungi talian Hasil Care Line LHDNM 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (luar negara).

Tags: cukai pendapatanLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd