• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut pihak berkuasa dengan senapang agar membuka halangan di kampung berkenaan untuk aktiviti pembalakan Ahad lalu.

Pengerusi Jaringan Kampung Tasik Asal Cunex Hulu Air Denkal, Pam Yeek, 46, berkata, sewaktu kejadian, seramai 11 orang termasuk pihak berkuasa, wakil syarikat pembalakan dan Jabatan Perhutanan hadir ke kampung mereka.

Jelasnya, dia bersama-sama penduduk kampung telah bersepakat untuk tidak membuka halangan tersebut sehingga menyebabkan mereka marah dan menengking penduduk yang berada di kawasan tersebut.

“Insiden itu menyebabkan pihak berkuasa telah mengeluarkan senapang dan mengugut kami agar membuka halangan bagi kerja-kerja pembalaka, tetapi kami tetap dengan pendirian malah ada penduduk kampung yang lari terutamanya wanita ekoran takut dengan ugutan itu.

“Mereka pernah datang pada bulan Januari lalu namun, kali ini tindakannya lebih kasar. Wakil syarikat pembalakan itu juga memberi pilihan kepada kami sama ada mahu wang atau tanah. Itu saya faham sebagai satu tindakan untuk memberi rasuah kepada kami,” katanya.

Pam berkata demikian ketika ditemui pemberita di selepas melaporkan insiden itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Akhbar Kosmo! 25 Februari lalu melaporkan, terdapat kira-kira 20 pekerja syarikat konsensi
balak di Hutan Simpan Air Chepam (HSAC), Hulu Perak telah melakukan pembalakan dalam Tanah Adat Orang Asli dengan keluasan 80 hektar sejak 15 Januari lalu.

Kegiatan pembalakan itu bukan sahaja menjejaskan sumber pendapatan penduduk setempat malah air sungai menjadi keruh di dua kawasan tadahan iaitu Kampung Saruk dan Kampung Urat serta menjejaskan sumber bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk asal.

Sementara itu, menurut Pam, dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, Selangor kelmarin.

Jelasnya, beliau juga mendakwa bahawa syarikat konsesi itu tidak mengemukakan lesen pembalakan proses pemberian izin berasaskan maklumat awal, bebas dan telus kepada masyarakat Orang Asli sebelum menjalankan kerja-kerja pembalakan di kawasan itu.

“Meskipun diugut, saya akan terus mempertahankan kampung yang menjadi tempat tinggal nenek moyang kami.

“Sekiranya mereka masih berkeras, kita akan memfailkan kes ini ke mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pihaknya akan membantu Penduduk Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex sekiranya mereka memerlukan bantuan guaman untuk kes tersebut.

Jelasnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa itu menunjukkan seoalah-olah mereka menyalahguna kuasa dengan bertindak membuli orang asli.

“Jabatan Perhutanan, pihak berkuasa dan syarikat konsesi balak perlu mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar sebelum menjalankan kerja pembalakan.

“PEKA akan membantu mereka dengan menggunakan dokumen-dokumen yang berasaskan kemusnahan alam yang berlaku di sana sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi. – K! ONLINE

Tags: Orang AsliPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd