• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norazli Musa Meninggal Dunia Di Madinah

oleh
12/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa, 52, menghembuskan nafas terakhir di Madinah pada jam 12.30 malam tadi (waktu Madinah).

Khabar pemergian beliau dimaklumkan rakan dan ahli keluarga yang berada di sana, awal pagi tadi.

Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Allahyarham berada di Madinah sejak minggu lalu bersama ahli keluarganya untuk menunaikan umrah dan menghadiri konvokesyen anak sulungnya di sebuah universiti di situ.

Menurutnya, mereka belum menerima maklumat lanjut berhubung kejadian itu, namun Allahyarham sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung.

“Allahyarham akan dikebumikan di sana dan PAS Perak akan menganjurkan bacaan Yasin serta solat ghaib pagi ini, sebaik urusan di sana selesai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.

Katanya, ketika hayatnya, sumbangan dan komitmen bersama PAS adalah sangat tinggi untuk memperjuangkan Islam.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarganya,” katanya.

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban aktif dalam misi kemanusiaan di Gaza, Acheh, Lubnan dan Kashmir menerusi Muslim Care Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak sekitar 2008-2010.

Pada PRU14 lalu, beliau menjadi calon PAS bagi kerusi Parlimen Tapah. – Sinar Harian

Tags: meninggal duniaNorazli MusaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd