• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Bersolat Di Masjid Pon Ada Lapor Polis, Kata Najib

oleh
22/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN setakat nak berucap, nak menunaikan solat Jumaat pun ada halangan untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia susulan tindakan pengurusan Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung poster yang mendakwa Najib pergi ke sana untuk memberi ceramah kepada pelajar universiti.

Selepas terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut, Najib terpaksa pula berdepan dengan insiden provokasi oleh sekumpulan individu Cina yang cuba menghalangnya daripada berucap pada program santai bersamanya di sebuah restoran berhampiran UM.

“Setelah membuat laporan polis terhadap saya dengan fitnah bahawa saya mahu bercemarah di dalam Masjid, hari ini mereka cuba menghalang saya dari berucap di restoran.

“Semasa saya bersembang santai dekat UM tadi, ada 6 orang yang membuat provokasi terancang dengan menggunakan propaganda PH (Pakatan Harapan) lama “Mana RM2.6b”.

“Bahaya sangat ke, saya berucap? Saya berselfie, PH lapor polis. Saya mahu bersolat di Masjid, PH lapor polis. Saya berucap, mereka buat provokasi di luar,” luah Najib di Facebooknya.

Provokasi tersebut telah menyebabkan tercetusnya satu pergaduhan kecil.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan dirinya kesal dengan perkara tersebut.

“Saya kesal dengan pergaduhan ini. Perkara seperti ini tidak patut berlaku oleh mana-mana pihak dan laporan polis telah dibuat oleh pihak penganjur sesi sembang santai ini,” katanya.

Di dalam insiden tersebut, sekumpulan enam hingga lapan individu yang dikatakan pelajar telah berkumpul di seberang jalan berhampiran tempat program dan menjeritkan slogan ‘penipu’ dan ‘mana RM2.6 bilion’ sambil memegang plakad berupa gambar badut yang menyerupai Najib.

Provokasi tersebut telah menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Najib yang kemudiannya mengerumuni mereka.

Baca: Lokman Adam Koyak Poster Provokasi Lagi

Antara yang bertindak mengerumuni kumpulan tersebut adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang turut mengoyakkan plakad menghina Najib itu. – Agenda News

Tags: masjidNajib Tun RazakUniversiti Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd