• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pengarah Jakoa ditukar?

oleh
13/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan kebebasan kepada penjawat awam.

Ketika membahaskan Titah Diraja dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini, Ismail Sabri mendakwa Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) ditukarkan ke jabatan lain sebaik sahaja PH tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Januari lalu.

Kata beliau, ia bertentangan dengan kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa sebelum menjadi kerajaan bahawa tindakan kerajaan menghalang aktiviti politik penjawat awam terutamanya membabitkan pembangkang adalah bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara.

“Saya ada satu contoh, seorang Ketua Pengarah iaitu Ketua Pengarah Jakoa yang bernama Datuk Ajis Sitin telah pun ditukarkan serta-merta setelah PH kalah PRK Cameron Highlands.

“Datuk Ajis Sitin adalah Ketua Pengarah Jakoa yang pertama dalam kalangan masyarakat Orang Asli tetapi oleh kerana pengundi Orang Asli di Cameron Highlands memberikan undi hampir 90 peratus kepada Barisan Nasional (BN) kerana calonnya daripada Orang Asli, saya difahamkan Datuk Ajis Sitin telah pun ditukarkan,” katanya.

Ajis merupakan Ketua Pengarah Jakoa pertama dalam kalangan masyarakat Orang Asli apabila dilantik mengisi jawatan itu pada 2 Mei tahun lalu.

BN mempertahankan kerusi Cameron Highlands dengan majoriti besar 3,238 undi dalam PRK pada 26 Januari lalu.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor menewaskan calon PH dari DAP, M. Manogaran sekali gus mencatat sejarah sebagai Anggota Dewan Rakyat pertama dalam kalangan masyarakat Orang Asli setelah mengangkat sumpah jawatan semalam. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ismail Sabri YaakobJAKOAOrang Asli
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd