• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Pemimpin Kanan DAP Atau Undur Timbalan Speaker

oleh
30/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENYENTUH mengenai Malaysia baharu, satu daripadanya adalah mereformasikan institusi penting negara dan Parlimen sudah tentu dalam senarai.

Antara yang perlu dilihat ialah institusi speaker atau lebih tepat, jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kini jadi perhatian ramai.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md. Yusof ada dua timbalan bagi membantu beliau mengendalikan persidangan.

Pertama, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Batu Pahat mewakili PKR. Beliau tidak menjadi isu tetapi seorang lagi timbalan beliau, Nga Kor Ming ‘panas’ dalam sesi mesyuarat ini dengan terbaharu melibatkan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Ini gara-gara ulasan politik yang dibuat Kor Ming atas kapasiti Timbalan Setiausaha Agung DAP dan Pengerusi DAP Perak di luar persidangan berhubung negara Taliban andai kerjasama UMNO dan PAS menjadi kerajaan.

Memisahkan antara luar persidangan dengan kedudukan Kor Ming dalam menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat memang garisnya sangat halus. Oleh itu, lihat kembali kepada amalan di United Kingdon (UK) sebagai penyelesaian isu ini.

Negara model Parlimen Westminster itu mempunyai seorang speaker dengan dibantu tiga timbalan bagi House of Commons. Malaysia seperti UK, individu yang dilantik sebagai speaker melepaskan segala jawatan politik untuk memelihara prinsip tidak memihak dan ini diteruskan Mohammad Ariff.

Bagi timbalan speaker, ada sedikit perbezaan antara Malaysia dan UK tetapi perbezaan itulah bahagian yang penting. Di UK, individu yang dilantik timbalan speaker tidak akan lagi aktif dalam politik parti kecuali hal berkaitan Parlimen diwakili sahaja.

Dalam era Malaysia baharu, Kor Ming masih pemimpin kanan DAP dengan kekal memegang jawatan yang disandang sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini sebabnya beliau terus mengulas perkembangan politik nasional sehingga timbul kontroversi negara Taliban yang sekaligus mendedahkan beliau kepada kritikan politik waima ketika menyarung jubah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perkara ini mungkin boleh dielakkan jika mana-mana timbalan speaker hanyalah seorang wakil rakyat biasa dengan terbatas berpolitik hal-hal kawasan diwakili sahaja seperti mana amalan di UK.

Justeru, sudah masanya Parlimen melihat balik amalan UK yang turut dipraktikkan di Australia untuk dilaksanakan di Dewan Rakyat agar prinsip adil, saksama dan tidak berat salah atau ‘impartiality’ itu dipelihara.

Namun ada berpandangan lebih baik jika Kor Ming memilih sama ada kekal menjadi pemimpin kanan DAP atau mengundurkan diri daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPKhairy JamaluddinNga Kor MingTimbalan Speaker
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Yadim Tidak Wajar Dicabuli Demi Kepentingan Politik

Next Post

Golongan Munafik Telah Wujud Zaman Rasulullah SAW Lagi

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Golongan Munafik Telah Wujud Zaman Rasulullah SAW Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd