Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Pahang Semakin...

KUANTAN - Keadaan banjifr di Pahang yang telah masuk hari ke-10 kini...

Siti Saleha Akui Berdebar...

HEROIN drama Nora Elena, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom bakal...

Warga Bangladesh Maut Tersepit...

MUAR - Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut setelah badannya tersepit pada mesin...

Tikam Rakan Kerana Dadah,...

NEW YORK - Seorang lelaki ditahan pada Jumaat selepas didakwa menikam rakannya sehingga...

Inkues Adib: Tulang Rusuk Patah Tertusuk Paru-Paru

SHAH ALAM – Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi mengesahkan hujung tulang rusuk keempat dan kelima yang patah tertusuk ke dalam paru-paru Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Beliau sebagai saksi ke-24 pada prosiding hari ke-16 hari ini memberitahu Mahkamah Koroner perkara itu selepas membuat pemeriksaan dalaman dada anggota bomba malang berkenaan pukul 1 pagi, 18 Disember lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap dalaman dada Muhammad Adib menemui pelbagai kesan kecederaan.

“Otot dada kanan dia lebam kemerahan, tulang sternum tidak patah dan tulang rusuk patah.

“Tulang rusuk ketiga patah tiga, tulang rusuk keempat patah dua dan tulang rusuk kelima patah dua,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.


Menurutnya lagi, otak Muhammad Adib juga bengkak dan berwarna kehijauan kerana diberikan ubat yang dipanggil Methylene Blue semasa rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – K! ONLINE

Kategori