• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Adib: FRU Tidak Terima Arahan Surai Perusuh

oleh
20/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tidak dapat menyuraikan perusuh semasa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya 27 November lalu kerana tidak mendapat arahan pihak atasan.

Saksi ke-21 yang merupakan Pegawai Penjaga Unit 1A FRU Cheras, Asisten Superintendan Shuhaimi Yaakub berkata, FRU bertugas mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan Public Order Manual iaitu FRU merupakan pasukan bantuan untuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Menurutnya, FRU sepatutnya diberi taklimat untuk terus bersiap sedia atau mengambil tindakan.

“Superintendan Jefri ada berhubung dengan Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi gagal dan menghubungi timbalannya dan arahan diterima adalah standby (siap sedia).

“Selepas tidak dapat menghubungi Ketua Polis Daerah, saya menghubungi Pegawai Medan yang dilantik IPD Subang Jaya iaitu Deputi Superintendan Nasir dan diberitahu untuk siap sedia,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad tadi.

Berikut sedikit sesi soal jawab antara Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dan Mohd. Suhaimi.

Hamdan : Kenapa FRU tidak ambil tindakan?

Shuhaimi : Dalam SOP dan garis panduan Public Order Manual, sebarang tindakan yang perlu diambil untuk menangani rusuhan hendaklah melaporkan kepada IPD. Saya bersama Pegawai Pemerintah Unit 1, Superintendan Jefri Muhammad dan beliau menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi gagal dan akhirnya dapat menghubungi Timbalannya dan diarahkan siap sedia.

Hamdan : Apakah yang ada dalam Public Order Manual?

Shuhaimi : Dalam public order manual bahagian ke-24, perenggan ke-19 menjelaskan bahawa tugas dan tindakan FRU sebagai pasukan simpanan bantuan untuk mengambil tindakan melalui arahan pegawai polis yang ditetapkan. Jika bantuan diberi kepada IPD, kami perlu merujuk sama ada ketua polis daerah atau pegawai kanan polis yang diberi kuasa oleh ketua polis daerah. – K! ONLINE

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd