• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Tak Jawab RM19.4 Bilion Duit GST ‘Dirompak’

oleh
21/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta supaya menjadi pemimpin yang baik dengan mendedahkan maklumat yang benar dan tidak berdolak-dalik berhubung tuduhan kononnya wang tuntutan balik input GST sebanyak RM19.4 bilion telah ‘dirompak’.

Ini kerana menurut ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, kajian yang dilakukan pihaknya mendapati wang berkenaan tidak dibawa ke mana-mana kecuali digunakan oleh kerajaan untuk tujuan yang lain.

Terdahulu Guan Eng ketika menjawab soalan tambahan Tajuddin berhubung perkara itu dilihat tidak menjawab soalan mudah yang diajukan kepadanya.

Soalan yang diajukan oleh Tajuddin adalah samada wang RM19.4 bilion itu benar-benar telah dirompak.

Jawapan yang diberi Guan Eng adalah: “Itulah sebabnya kita cuba sebagai sebuah kerajaan yang telus, beri maklumat yang kita ada. Di sini kita ingin nyatakan, daripada RM19.4 bilion kalau kita lihat dari segi syarikat-syarikat sahaja, senarai 100 syarikat tertinggi yang hutang GST tidak dipulangkan selama lebih dua tahun adalah satu jumlah yang besar.

“Dan saya Cuma nak sebut Petronas dan anak-anak syarikatnya, mereka dihutang RM4.2 bilion. Sekiranya ada pertikaian dalam aspek jumlah yang sahih atau tidak, Petronas sahaja mereka dihutang RM4.2 bilion. Takkan kita nak kata Petronas buat tuntutan palsu?”

Tidak senang dengan jawapan Guan Eng, Tajuddin mengulangi soalannya: “Menteri, saya tanya RM19 bilion yang dikata dirompak itu adakah betul-betul dirompak?

“Tuduhan merompak serius Yang Berhormat. Dalam Islam dosa besar tuduh orang. Saya nasihatkan Yang Berhormat jadi pemimpin yang baik, jangan tuduh sembarangan,” ujar Tajuddin.

Namun begitu Guan Eng tetap tidak dapat menjawab soalan tersebut.

Sebaliknya beliau menjawab: “Sememangnya wang ini yang sepatutnya dibayar balik kepada lebih 120,000 registrant tidak dibayar balik sungguhpun lebih dua tahun.”

Untuk rekod, isu berhubung wang RM19.4 bilion ini mula ditimbulkan oleh Guan Eng pada persidangan Dewan Rakyat hujung tahun lalu. – Agenda News

Tags: GSTLim Guan EngTajuddin Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd