• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Forensik Ketepikan Andaian Adib Diserang Perusuh

oleh
29/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANDAIAN awal kecederaan dialami anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akibat diserang dalam rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya diketepikan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) hanya selepas melakukan bedah siasat terhadap mangsa.

Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood, berkata bedah siasat itu dijalankan pada 18 Disember lalu, sehari selepas mangsa yang cedera parah dalam kejadian rusuhan itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

Terdahulu, saksi inkues ke-27 itu berkata, pihaknya dimaklumkan oleh polis untuk melakukan bedah siasat untuk mencari punca kecederaan.

“Setelah dimaklumkan polis, kami mulanya mengandaikan kecederaan yang dialami mangsa disebabkan diserang seperti dipukul, ditendang dan ditumbuk.

“Namun, selepas pemeriksaan dijalankan itu, kami tidak yakin dengan corak kecederaan dialami Muhammad Adib sebagai serangan,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada hari ke-20 prosiding inkues mencari punca kematian Muhammad Adib.

Saksi sama berkata, pihaknya bernasib baik kerana dipanggil awal untuk melakukan pemeriksaan klinikal pada 30 November 2018 kerana dapat membezakan cedera awal dan selepas dialami Muhammad Adib.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Forensik yang melakukan bedah siasat Muhammad Adib mendapati tulang rusuk kiri belakang patah.

“Kami tertanya-tanya ketika itu kerana kami tidak dimaklumkan perkara itu pada peringkat awal.

“Selepas bedah siasat, kami masih tidak boleh membantu pihak polis dan tidak diberikan maklumat mana Muhammad Adib berada ketika kejadian rusuhan itu,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di IJN, pada 17 Disember tahun lalu.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin depan. – myMetro Online

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd