Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bunuh CEO Cradle Fund:...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan penuh bedah siasat...

40 Peratus Tentera Russia...

WASHINGTON : Lebih 40 peratus tentera Russia di sempadan Ukraine kini dalam kedudukan...

Kes Bunuh Jong-nam: Doan...

SHAH ALAM - Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, dijatuhi hukuman tiga tahun...

Puteri UMNO Harap Hadiah...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO berharap agar hadiah Nobel Pendamaian yang pernah...

Dividen TH Dibayar Tidak Lama Lagi, Kata Mujahid

KUALA LUMPUR – Dividen Tabung Haji (TH) akan dibayar tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa hari ini.

“Kita akan umumkan (tapi) bukan di sini. Insya-Allah tidak lama lagi,” katanya di Dewan Rakyat.

Katanya, ini boleh dilakukan kerana Putrajaya berjaya memperbaiki penyata imbangan dengan mengurangkan liabiliti melalui eksesais pemulihan dan pentrukturan.

Mujahid berkata, aset RM19.9 bilion tidak menguntungkan telah dipindahkan menerusi syarikat tujuan khas (SPV), dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

“Dengannya, kita berjaya memulihkan penyata imbangan. Sebelum ini, aset kurang daripada liabiliti,” beliau berkata ketika sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta perdana menteri menamakan SPV di bawah Kementerian Kewangan itu berhubung pemindahan aset Tabung Haji.

Beliau juga bertanya sama ada pemindahan tersebut akan menjejas dividen pendeposit.

Mujahid berkata, kerajaan telah merapatkan jurang yang berlaku semasa pentadbiran lalu yang membolehkan dividen dikeluarkan tidak lama lagi.

Semasa pertukaran kerajaan, katanya, aset adalah sebanyak RM70.3 bilion, sementara liabiliti dan deposit sebanyak RM74.4 bilion.


Sekarang katanya, defisit adalah RM4.1 bilion.

“Apabila kita ambil alih, kita mahu selamatkan keadaan memandangkan jurang semakin luas. Kita nampak beberapa opsyen,” katanya.

Katanya, kerajaan mahu mengelak daripada menjadi penjamin dan juga tidak mahu mengeluarkan geran.

Katanya, kerajaan memutuskan untuk memindahkan aset kurang berprestasi bagi melindungi kebajikan pendeposit.

“Dengan itu, sebuah SPV diperlukan untuk meletakkan aset tersebut yang kita dipindahkan, termasuk 29 aset, sebuah syarikat yang tidak disenarai dan 106 aset sekuriti domestik,” katanya. – FMT

Kategori