• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bebas Siti Aisyah: “Kalau Baca Komen Mahathir Jadi Malu”

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI politik Indonesia menyindir kenyataan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad yang tidak mengetahui pembebasan Siti Aisyah daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, semalam adalah hasil rundingan kerajaan Indonesia dan Malaysia.

“Kalau baca komen Mahathir jadi malu. Setelah ada tuntutan yang berjaya, tetapi masih banyak masalah tak diselesaikan mengenai warga Indonesia di luar negara,” kata Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Fadli Zon memetik laporan DetikNews.

Semalam, Mahathir dilaporkan menafikan pembebasan Siti Aisyah adalah hasil rundingan kedua-dua negara.

“Ini keputusan yang dibuat oleh mahkamah, dia dibicarakan dan didakwa ditarik balik. Itu proses yang mengikut undang-undang, ada hak tarik balik pendakwaan, itu dilakukan.

“Saya tak tahu perincian sebab-sebabnya tapi pendakwa raya boleh tarik balik pendakwaan,” kata Mahathir.

Kenyataan Mahathir itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna H Laoly, semalam yang berterima kasih kepada seluruh kepemimpinan kerajaan Malaysia terutama Mahathir dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Jelas Yasonna, kedua-dua pemimpin berkenaan memberikan maklum balas positif terhadap permohonan pihaknya untuk membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan terbabit hingga menjadi kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Fadli berkata Mahathir sepatutnya dinasihati agar tidak merosakkan senario kerajaan Indonesia.

“Sepatutnya ada yang menasihati PM Mahathir agar jangan bercakap terlalu jujur. Merosakkan senario ‘kepahlawanan’ membebaskan Siti Aisyah,” katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.

Siti Aisyah dan seorang warga Vietnam, Thi Huong, didakwa bersama 4 lagi yang masih bebas, membunuh Jong Nam di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi 13 Februari 2017. – Agensi

Tags: IndonesiaMahathir MohamadSiti Aisyah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd